Siri Honor WIN Kini Rasmi Dengan Bateri 10000mAh – Hadir Dalam Dua Variasi Pilihan Cip
Aman
Honor hari ini secara rasminya memperkenalkan dua model telefon pintar baharu di China, dibawah siri Win. Dua model yang diperkenalkan adalah Honor WIN dan juga Honor Win RT. Kedua-duanya hadir dengan sokongan yang lebih kurang sama, tetapi perbezaan pada cip pemprosesan.
Honor WIN dan WIN RT hadir dengan skrin 6.83inci FHD+ dengan kadar segar semula 185Hz, memori sehingga 16GB LPDDR5X Ultra dan storan sehingga 1TB UFS 4.1. Pada bahagian cip pemprosesan, Honor WIN menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 5, sementara Honor WIN RT pula menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Kedua-duanya turut menjalankan sistem operasi Magic UI 10 berasaskan kepada Android 16.


Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera 50-megapixel yang dipadankan bersama kamera 12-megapixel ultra lebar. Honor WIN turut menyertakan kamera tambahan, iaitu sensor 50-megapixel telefoto. Siri Honor WIN turut menyertakan kamera swafoto 50-megapixel.
Menjadi fokus utama telefon pintar ini juga adalah sokongan bateri 10000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan 100W untuk Honor WIN RT (atau 80W untuk Honor WIN)
Honor turut melengkapkan telefon pintar ini dengan beberapa ciri-ciri, termasuk sokongan penyejukkan dinamakan “Rage Mode” yang boleh menyejukkan peranti dengan lebih pantas berbanding kebiasaaan.
Buat masa ini, telefon pintar ini diperkenalkan di China sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperluaskan ke pasaran global atau tidak. Di China, ia ditawarkan pada harga bermula 2699 Yuan (sekitar RM1555).






