Jika anda inginkan telefon pintar yang menggabungkan teknologi terkini, prestasi luar biasa, dan reka bentuk elegan, maka siri HONOR 400 adalah pilihan yang tepat. Dilengkapi dengan skrin berkualiti tinggi, bateri tahan lama, dan sistem kamera canggih, telefon ini dapat memastikan setiap detik harian anda lebih mudah, lancar, dan produktif.
Sama ada untuk kerja, hiburan, atau fotografi, HONOR 400 direka untuk meningkatkan gaya hidup digital anda dengan keupayaan AI pintar yang memahami keperluan anda. Sama ada untuk produktiviti, hiburan atau fotografi, ia direka untuk memberikan pengalaman yang premium dalam setiap aspek. Dalam artikel ini, kami akan mengupas setiap ciri utama HONOR 400 secara terperinci bagi membantu anda membuat keputusan terbaik dalam memilih telefon yang paling sesuai dengan keperluan sendiri.
Teknologi Skrin Terbaik

Paparan skrin bukan sekadar komponen telefon pintar. Malahan, ia adalah medium kepada dunia digital, pengalaman gaming, hiburan, dan produktiviti harian anda. Dengan siri HONOR 400, anda boleh menikmati teknologi skrin tercanggih bagi memastikan setiap paparan lebih jelas, tajam, dan memukau.

HONOR 400 hadir dengan paparan rata AMOLED 6.55 inci sesuai untuk pengguna yang mahukan kestabilan dan keselesaan dalam setiap penggunaan. Skrin rata ini memudahkan penggunaan harian dan memberikan navigasi yang lancar dalam pelbagai aktiviti. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih premium dan imersif, pilihan terbaik adalah HONOR 400 Pro dengan skrin melengkung AMOLED 6.7 inci. Dengan paparan lebih luas serta efek visual menyeluruh, setiap tontonan video dan sesi permua akan terasa lebih mengasyikkan.
Kedua-dua model ini menawarkan kecerahan sehingga 5000 nits bagi memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. Teknologi resolusi 1.5K dan 460 PPI pula menjamin imej yang tajam dan terperinci, manakala paparan 1.07 billion warna memberikan warna yang lebih hidup dan realistik.

Untuk keselesaan mata, HONOR 400 dan HONOR 400 Pro dilengkapi dengan teknologi 3840Hz Risk-Free PWM Dimming, Hardware-Level Low Blue Light, serta Circadian Night Mode yang mengurangkan keletihan mata. Seterusnya, ia membolehkan anda menikmati skrin dalam jangka masa panjang tanpa gangguan.
Bateri Besar Tanpa Gangguan
Ucapkan selamat tinggal kepada masalah bateri yang cepat habis! HONOR 400 Pro dan HONOR 400 hadir dengan kapasiti bateri 6000mAh, direka khas untuk memastikan penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari—sama ada untuk bekerja, bermain permainan, atau menikmati hiburan. Dengan pengecasan berwayar pantas sehingga 100W pada HONOR 400 Pro dan 80W pada HONOR 400, anda boleh mengisi semula bateri peranti dalam masa yang singkat.

HONOR 400 Pro juga menyokong pengecasan nirwayar 50W untuk memberikan kebebasan untuk mengecas tanpa memerlukan kabel. Tidak kira seberapa sibuk atau aktif gaya hidup anda, siri HONOR 400 direka untuk mengikut rentak harian anda tanpa gangguan. Dengan sekali cas, anda boleh menggunakan telefon sepanjang hari tanpa perlu risau tentang bateri kehabisan tenaga.
Fotografi Tahap Profesional
Jika anda seorang yang gemar merakam detik-detik istimewa, siri HONOR 400 ini hadir dengan sistem kamera profesional yang membolehkan anda menangkap setiap perincian dengan luar biasa jelas dan nyata.
Dengan kamera utama 200MP dan 12MP ultra lebar pada kedua-dua model, setiap gambar yang diambil memaparkan ketajaman dan kejelasan yang luar biasa. Sensor bersaiz 1/1.4” memastikan lebih banyak cahaya dapat masuk, kemudian menghasilkan gambar yang lebih terang, tajam, dan berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.
Bagi yang menginginkan keupayaan zum yang luar biasa, HONOR 400 Pro hadir dengan kamera telefoto AI 50MP yang membolehkan zoom sehingga 50X. Sementara itu, HONOR 400 menawarkan AI Super Zoom sehingga 30X yang turut mampu menghasilkan imej yang tajam dan berkualiti tinggi. Teknologi pintar ini dapat memastikan hasil yang tajam, stabil, dan berkualiti tinggi dalam setiap tangkapan.




Bukan sekadar kamera berkualiyi tinggi, siri HONOR 400 melangkah lebih jauh dengan teknologi AI Photo Editing yang tersedia terus dalam galeri, tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan. Dengan ciri AI Eraser, anda boleh membuang objek yang mengganggu dalam gambar dengan mudah dan pantas. AI Upscale pula meningkatkan resolusi gambar menjadikan foto lebih tajam dan jelas tanpa kehilangan kualiti.
Bagi mereka yang mahukan hasil kreatif yang unik, AI Out Painting membolehkan anda menambah elemen kreatif untuk menghasilkan gambar yang lebih artistik. Ditambah pula dengan Teknologi Harcourt Studio 2.0, setiap potret dan landskap tampil lebih sinematik untuk memberikan sentuhan fotografi yang berkelas.
Namun, salah satu ciri paling canggih tentulah AI Image to Video yang membolehkan gambar ditukar kepada video pendek dalam format MP4 dengan hanya satu klik. Kini, perkongsian kenangan dalam bentuk video menjadi lebih mudah, cepat, dan kreatif, tanpa perlu menggunakan aplikasi suntingan tambahan.
AI Pintar Untuk Kemudahan Maksimum
Siri HONOR 400 bukan sekadar hadir dengan teknologi terkini, tetapi juga dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) yang direka khas untuk memudahkan pelbagai tugasan harian serta meningkatkan produktiviti pengguna.

Dengan Magic Portal AI, telefon ini mampu memahami konteks secara automatic dan mempercepatkan kerja tanpa memerlukan salinan manual. Ia membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas dengan lebih efisien dan lancar untuk menjadikan setiap interaksi lebih mudah. Selain itu, Circle to Search pula membolehkan pengguna melakukan carian maklumat dengan lebih mudah tanpa perlu meninggalkan aplikasi yang sedang digunakan, menjadikan pengalaman lebih lancar dan intuitif.

Dari aspek keselamatan maklumat, AI Deepfake Detection berfungsi untuk mengesan kandungan tidak sahih untuk melindungi pengguna daripada maklumat palsu yang semakin berleluasa. Dengan AI Subtitles, AI Writing Tools dan AI Translation, pengguna dapat menyunting teks, menerjemahkan dokumen, serta berkomunikasi dengan lebih lancar dalam pelbagai bahasa. Selain itu, AI Summary dan AI Notes membantu pengguna menyusun maklumat dengan lebih teratur dan sistematik. Sementara itu, Google Lens dan Google Gemini berfungsi untuk mengenal pasti objek serta teks dengan hanya satu klik.


Jika anda mencari telefon pintar dengan keupayaan AI yang menyeluruh, HONOR 400 Pro adalah pilihan terbaik dalam menawarkan teknologi AI yang lebih komprehensif. Namun, jika anda hanya memerlukan AI asas untuk membantu dalam kehidupan seharian, HONOR 400 tetap hadir dengan ciri AI yang mantap dan berkesan.
Spesifikasi Tambahan Menarik
HONOR 400 Pro hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8S Gen 3, manakala HONOR 400 menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 yang tetap berkuasa bagi penggunaan harian. Kedua-dua model menyokong teknologi sambungan 5G bagi memastikan kelajuan internet yang stabil serta pantas.
HONOR 400 Pro mempunyai perlindungan kalis air dengan penarafan IP68/69 manakala HONOR 400 diberikan penarafan IP66. Selain itu, kedua-dua model hadir dengan sistem bunyi Dual Stereo Speaker dengan Voice Care untuk pengalaman audio yang lebih jelas. Sokongan NFC memudahkan transaksi digital dan pemindahan data, manakala Infrared Sensor membolehkan kawalan peranti pintar dengan lebih efisien.
Pratempah Sekarang!
HONOR 400 hadir dengan harga bermula dari RM1,899 manakala HONOR 400 Pro boleh didapati pada RM2,699 yang menawarkan lebih banyak ciri premium untuk pengalaman yang lebih mantap.

Dapatkan lebih nilai dengan pra-tempahan eksklusif dari 25 hingga 29 Mei dan nikmati pelbagai hadiah menarik, termasuk Fujifilm Instax Mini LiPlay, HONOR Choice Active Noise Cancelling Headphones, peningkatan storan, serta jaminan tambahan satu tahun secara percuma!
Adakah anda lebih cenderung kepada HONOR 400 Pro dengan teknologi yang lebih lengkap, atau HONOR 400, yang tetap berkuasa untuk kegunaan harian? Apa pun pilihan anda, siri HONOR 400 Series hadir dengan inovasi terbaik untuk memenuhi keperluan serta gaya hidup anda. Tingkatkan pengalaman dengan kecanggihan yang menyeluruh pilih siri HONOR 400 hari ini!
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia