Malaysia Oversight

Singapura Mengarahkan Apple Dan Google Untuk Mencegah Pemalsuan Identiti Badan Kerajaan Di Platform Mereka

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 2 minute
Singapura Sita Aset Bernilai S$ 150 Juta Kerana Terpalit Penipuan Penyembelihan Khinzir Kemboja


Singapura Mengarahkan Dan Google Untuk Mencegah Pemalsuan Identiti Badan Di Platform Mereka

November 25, 2025
Aplikasi

Nazrin

Salah satu cara penggodam boleh menipu orang ramai ialah melalui kegiatan spoofing atau secara ringkasnya, pemalsuan identiti untuk mendapatkan kepercayaan pengguna yang kadang kala mungkin tidak tahu menahu bahawa mereka sedang ditipu apabila sedang berinteraksi dengan pihak yang disangka adalah kawan ataupun keluarga.

Di Singapura, isu spoofing ini dilihat cukup kritikal, khususnya apabila baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa Singapura telah mengarahkan dua gergasi teknologi, iaitu dan Google untuk mencegah isu pemalsuan identiti badan negara tersebut.

Arahan ini dikeluarkan dibawah akta Online Criminal Harms Act setelah pihak polis Singapura mengenalpasti insiden penipuan yang sedang dilakukan oleh penjenayah pada platform permesejan iMessage oleh dan Google Messages oleh Google.

Singapura

Isu ini dilihat berlaku kerana walaupun badan-badan kerajaan Singapura mempunyai nombor SMS berdaftar dengan identiti “gov.sg” yang digunakan untuk menghantar mesej kepada rakyat, mesej yang dihantar secara lazimnya akan memasuki aplikasi iMessage atau Google Messages sebagai aplikasi permesejan lalai.

Isu di sini ialah pengguna tidak akan dapat membezakan antara mesej SMS dari mesej iMessage ataupun Google Message yang bukan SMS. Ini bermakna bahawa penggodam boleh memalsukan identiti penghantar mesej dan menjadikannya supaya mesej yang dihantar kelihatan seperti ia adalah dari pihak kerajaan secara rasmi.

Beberapa bulan yang lalu, insiden sama juga diperlihatkan melalui platform media sosial Facebook, dimana kerajaan Singapura mahu mengenakan saman keatas Meta Platforms kerana tidak mengimplimentasi fungsi imbasan wajah untuk mengurangkan kebarangkalian isu pemalsuan identiti pihak kerajaan.

Apple dan Google dilaporkan telahpun menerima permintaan daripada pihak kerajaan Singapura, dan akan mengemaskini platform-platform permesejan ini untuk menghalang isu pemalsuan identiti berlaku.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link