Malaysia Oversight

Shopee Telah Menjual Lebih Dari 13 Bilion Produk Secara Siaran Langsung Dan Juga Video

By Amanz in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
Shopee Telah Menjual Lebih Dari 13 Bilion Produk Secara Siaran Langsung Dan Juga Video


Shopee Telah Menjual Lebih Dari 13 Bilion Produk Secara Siaran Langsung Dan Juga Video

January 17, 2026
Lain-lain

Ikhwan Nazri

Jika anda kerap membeli-belah atas talian, pasti anda dapat melihat peralihan platform jual beli atas talian dari dahulu hingga kini. Jika sepuluh tahun lalu, kebanyakan platform sebegini hanya menyenaraikan produk dan gambarnya, kini pelbagai platform turut melakukan siaran langsung, membolehkan interaksi terus antara penjual dan pembeli. Shopee telah meletakkan Shopee Live & Video bermula tahun 2022 dan dalam perkongsian mereka hari ini, lebih dari 13 bilion produk telah terjual menerusi saluran tersebut. 

Shopee CNY 2026 IMG 2801

Untuk tempoh 2024 hingga 2025, lebih dari 13 bilion produk telah terjual menerusi fungsi Shopee Live & Video, dan lebih dari 7 bilion tontonan telah direkodkan melaluinya. malah menerusi fungsi ini juga sebanyak 34% kenaikan jualan diperoleh, melambangkan betapa pentingnya video dalam meningkatkan carian dan juga keyakinan pembeli. Sehingga kini Shopee mempunyai lebih dari 800,000 ahli gabungan (affiliate) dan juga rangkaian pencipta kandungan mereka. 

Shopee CNY 2026 IMG 2807

Fungsi Shopee Live & Video boleh terus diakses pada muka hadapan aplikasi, jadi pengguna jika ingin mencari produk dan memerlukan lebih maklumat, informasi produk secara video dapat memberikan demonstrasi penuh untuk produk. Untuk perancangan tahun ini, mereka akan memperhebat kerjasama dengan PMKS bagi menjual lebih banyak produk, manakala menerusi keahlian Shopee VIP, mereka akan memperbanyak baucar dan juga menawarkan penghantaran percuma tanpa had, serta akses ChatGPT Go percuma untuk tiga bulan, dan pelbagai lagi. 



Source link