Malaysia Oversight

Shopee Hadir Dengan Pelan Langganan ShopeeVIP Pada RM6.99 Sebulan – Berikan Baucar Diskaun Dan Kelebihan Tambahan

By Amanz in October 20, 2025 – Reading time 1 minute
Shopee Hadir Dengan Pelan Langganan ShopeeVIP Pada RM6.99 Sebulan – Berikan Baucar Diskaun Dan Kelebihan Tambahan


Shopee Hadir Dengan Pelan Langganan ShopeeVIP Pada RM6.99 Sebulan – Berikan Baucar Diskaun Dan Kelebihan Tambahan

October 20, 2025
Niaga
Web 2.0

Aman

Shopee kini telah mula menawarkan akses ShopeeVIP kepada sejumlah pelanggan terpilih, membolehkan mereka melanggan pelan bulanan ini dalam menikmati sejumlah faedah eksklusif. ShopeeVIP ini ditawarkan secara percuma untuk bulan pertama, dan seterusnya dikenakan caj sebanyak RM6.99 sebulan.

ShopeeVIP

Melalui ShopeeVIP, ia memberikan baucar untuk pembelian di Shopee, baucar untuk ShopeeFood, diskaun untuk pengguna SPayLater, dan juga diberikan akses khidmat pelanggan yang diutamakan. Disamping itu, Shopee turut menyediakan penghantaran percuma untuk penghantaran yang diuruskan oleh Shopee.

Shopee VIP

Langkah pengenalan ShopeeVIP ini dilihat adalah usaha Shopee dalam terus menjana pendapatan tambahan, terutamanya daripada pengguna tegar Shopee. Ia juga mungkin langkah dalam mengurangkan penawaran diskaun dan baucar kepada pengguna, dan menawarkan ia kepada pengguna yang melanggan pelan berbayar ini sahaja.

Untuk makluman, pihak Amazon sedia menawarkan Amazon Prime kepada pengguna di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, beberapa perkhidmatan yang menawarkan langganan juga adalah dengan Unlimited, selain FoodPanda dengan FoodPanda Pro.

Bagi anda, adakah anda akan melanggan ShopeeVIP ini?

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link