Malaysia Oversight

Shopee Bakal Perkenal Khidmat Penghantaran Segera Di Lembah Klang Tidak Lama Lagi

By Amanz in July 18, 2025 – Reading time 1 minute


Niaga

Shopee Bakal Perkenal Khidmat Penghantaran Segera Di Lembah Klang Tidak Lama Lagi

July 17, 2025

Aman

Shopee pada hari ini sedia menawarkan ciri penghantaran pada hari sama melibatkan beberapa penjual di platform mereka, meliputi sejumlah kawasan. Tidak setakat itu, kini Shopee turut sedang pertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan penghantaran segera di Lembah Klang tidak lama lagi.

Dengan langkah ini, pembeli akan menerima barangan mereka dengan lebih cepat selepas pembelian – tanpa perlu menunggu pada penghujung hari, atau keesokkan hari. Caj penghantaran yang akan dikenakan masih tidak diketahui lagi.

Untuk makluman, Shopee sedia mempunyai sejumlah penghantar segera memandangkan mereka mempunyai rakan penghantar untuk Shopee Food. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada Shopee akan menggunakan rakan penghantar ini untuk tujuan perkhidmatan penghantaran segera baharu ini. Selain itu, peralihan ke bentuk penghantaran segera ini juga selari dengan perkembangan industri edagang, dimana beberapa perkhidmatan di negara luar mengimplementasi penghantaran dalam masa sekitar 30 minit selepas pembelian.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan penawaran Shopee ini, dan bagaimanakah pihak Lazada dan TikTok Shop akan menawarkan alternatif mereka.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link