Selepas Empat Tahun Menghilang, Siri Samsung Galaxy A7x Akan Kembali Menerusi Galaxy A77
Effi Saharudin
Samsung Galaxy A73 dilancarkan pada tahun 2022 dan ia kemudiannya direhatkan tanpa sebarang sebab. Tetapi minggu lalu markah penanda aras untuk Samsung Galaxy A77 tertiris menerusi lama Geekbench. Ini mengesahkan selepas empat tahun ia berhibernasi, ia akan kembali mungkin awal tahu depan.

Berdasarkan skor markah yang dicatatkan, Galaxy A77 akan dilengkapi cip Exynos 10 teras CPU dengan prestasinya lebih tinggi berbanding sebuah Galaxy S24. Apakah cip ini masih lagi misteri tetapi ia menggunakan GPU sama dengan Exynos 2400.
Siri Galaxy A7x adalah amat popular dalam kalangan pengguna yang inginkan peranti skrin besar, prestasi yang memuaskan tetapi pada harga lebih mampu milik. Peranti Samsung adalah amat popular dalam segmen ini kerana sokongan perisian jangka panjang berbanding pengeluar Android lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






