Selangor Akan Umum Keputusan Mengharamkan Rokok Elektronik dan Vape Seawal Minggu Ini
May 27, 2025
•
Effi Saharudin
Kerajaan Selangor akan mengumumkan keputusan untuk mengharapkan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape di dalam negeri menjelang penghujung minggu ini atau awal minggu depan. Keputusan hanya akan diambil selepas kertas dasar mengenai cadangan tersebut dibentangkan kepada Majlis Eksekutif Negeri Selangor.

Minggu lalu Selangor telah mengharamkan semua bentuk pengiklanan vape di seluruh negeri kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bagi melindungi masyarakat, terutama generasi muda, daripada bahaya vape yang semakin membimbangkan.
Di Malaysia penjualan vape telah diharamkan di Johor, Kelantan dan Terengganu tetapi ia masih lagi jatuh ke tangan pengguna. Walaupun penjualan belum diharamkan di Selangor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.