Malaysia Oversight

Sekatan Akses Kepada Grok Ditarik Balik Berikutan Langkah Keselamatan Tambahan Yang Diperkenalkan

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Sekatan Akses Kepada Grok Ditarik Balik Berikutan Langkah Keselamatan Tambahan Yang Diperkenalkan



Grok

Dua minggu yang lalu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghalang akses kepada penggunaan aplikasi kecerdasan buatan Grok melalui platform media sosial X kerana ia didapati telah membolehkan sesiapa sahaja untuk menjana gambar lucah sesiapa sahaja di platform tersebut.

Terkini, pihak SKMM telah mengeluarkan satu kenyataan baru yang mengatakan bahawa akses kepada Grok telah dipulihkan setelah platform media sosial tersebut melaksanakan langkah keselamatan tambahan yang tidak lagi membenarkan para pengguna platform tersebut untuk menjana imej-imej sedemikian.

Keputusan ini dibuat selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Kementerian Komunikasi, SKMM dan juga pihak platform media sosial X berkenaan aplikasi tersebut. Mesyuarat ini diadakan untuk memperlihatkan apakah langkah-langkah pencegahan dan pemantauan yang dilakukan untuk memastikan Grok tidak lagi boleh digunakan untuk menjana imej-imej tersebut.

Sekatan akses kepada Grok akan ditarik balik bermula hari ini, tetapi pihak SKMM juga mengatakan bahawa ia akan sentiasa dipantau untuk memastikan bahawa ia tidak lagi digunakan untuk menjana gambar-gambar tidak senonoh di masa akan datang, dimana sekatan tersebut akan dikembalikan semula.



Source link