Malaysia Oversight

SARA RM100 Akan Diberikan Untuk Semua Warganegara Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Pada 9 Februari 2026

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Sudahkah Anda Guna SARA RM100? Hanya Beberapa Hari Lagi Sebelum Penggunaan Luput


SARA RM100 Akan Diberikan Untuk Semua Warganegara Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Pada 9 Februari 2026

January 5, 2026
Kewangan

Aman

Perdana Menteri, Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan program Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun ini akan dikreditkan ke akaun semua warganegara berusia 18 tahun dan ke atas, bermula 9 Februari 2026 ini. Seperti sebelum ini, ia akan menawarkan kredit sebanyak RM100.

Pemberian ini adalah ketika musim perayaan, selari persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

SARA Resit

Ini kali kedua program ini dilaksanakan, selepas program pertama berakhir pada 31 Disember 2025 lepas. Pengguna seperti biasa boleh menyemak kredit baki melalui laman SARA dan juga aplikasi seperti TNG eWallet. Barangan yang boleh dibeli melalui kredit ini adalah termasuk barang isi rumah dan keperluan harian.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link