Malaysia Oversight

Samsung Umumkan Lima Monitor Odyssey Dengan Skrin 6K 3D dan 1040Hz 

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Umumkan Lima Monitor Odyssey Dengan Skrin 6K 3D dan 1040Hz 


Lima model baharu skrin Samsung Odyssey 2026 telah diumumkan sempena acara CES 2026 yang akan berlangsung awal bulan depan. Seperti model-model Odyssey sebelum ini, model 2026 sekali lagi memberikan tumpuan kepada prestasi tinggi bagi memenuhi keperluan golongan gamer.

Samsung Odyssey 3D G90XH

Model paling mercu ialah Odyssey 3D (G90XH) dengan skrin 32″ IPS serta resolusi 6K dengan sokongan paparan 3D yang tidak memerlukan cermin mata untuk melihatnya. Ia secara lalai menyokong kadar segar semula 165Hz yang meningkat ke 330Hz jika resolusi direndahkan ke 3K. Selain paparan 3D, Odyssey 3D juga menyokong pergerakan mata dan mengubah kandungan 2D menjadi 3D. Input yang disokong ialah HDMI 2.1 dan DP 2.1.

Odyssey G6 G60H

Seterusnya ialah Odyssey G6 (G60H) dengan skrin 27″ IPS serta resolusi QHD dengan ia menyokong kadar segar semula 600Hz yang meningkat ke 1,040Hz jika resolusi direndahkan ke HD. Menurut Samsung, Odyssey G6 ialah monitor 1,040Hz pertama dunia bagi atlet e-sukan. Input yang disokong ialah HDMI 2.1 dan DP 2.1 serta FreeSync Premium Pro dan G‑Sync.

Samsung Odyssey G8

Sebanyak tiga model Odyssey G8 ditawarkan. Odyssey G80HS dengan skrin 32″ 6K IPS serta kadar segar semula sehingga 330Hz. Odyssey G80HF dengan skrin 27″ 5K IPS serta kadar segar semula sehingga 360Hz. Dua model ini hadir dengan sokongan FreeSync Premium Pro, G-Sync dan HDR10+ Gaming. Input sekali lagi ialah HDMI 2.1 dan DP 2.1.

Akhir sekali ialah Odyssey G80SH dengan skrin 32″ 4K QD‑OLED dan kadar segar semula sehingga 240Hz. Ia melepasi piawaian HDR True Black 500 dan skrin mempunyai lapisan anti pantulan cahaya. Walaupun akan diperlihatkan di CES, harga dan bila ia akan dijual belum lagi diumumkan.



Source link