Samsung Tidak Menolak Kemungkinan Harga Jualan Peranti Naik Disebabkan Peningkatan Harga Cip Memori
Aman
Samsung, salah satu pengeluar peranti terkemuka dunia, kini turut menyatakan yang semua tidak terkecuali dengan impak disebabkan oleh kekurangan cip memori di pasaran. Sebelum ini, pelbagai pihak telah menyatakan kemungkinan harga peranti akan meningkat pada tahun 2026 ini, termasuk Asus yang dikatakan mungkin tidak akan memperkenalkan peranti mudah-alih pada tahun ini disebabkan olehnya.

Menyentuh mengenainya, Samsung mengatakan mereka turut tidak terkecuali dari impak peningkatan harga cip memori di pasaran. Untuk Samsung, kesannya juga dilihat besar, kerana ia bukan sahaja melibatkan peranti mudah-alih, tetapi juga perkakasan seperti televisyen dan lain-lain.
Disamping peningkatan harga peranti, untuk tahun 2026 ini juga, ramai penganalisa menyasarkan bilangan peranti yang terjual mungkin mengecil berbanding sebelum ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






