Samsung Odyssey OLED G6 500Hz kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM5499. Dengan rebat segera sebanyak RM500, monitor ini boleh didapatkan pada harga RM4,999 dari 15 hingga 31 Mei 2025.
Pelanggan yang membuat pratempahan berpeluang menikmati tawaran eksklusif berupa Promo Code Voucher bernilai RM300 daripada Samsung Online Store, serta Samsung Registration+ (SR+) Voucher bernilai RM500 bagi pembelian SR+ baucar dengan harga RM50 antara 1 hingga 14 Mei 2025.

Monitor ini menggunakan panel QD-OLED 27-inci QHD dan kadar segar semula 500Hz. Ia menyokong DisplayHDR TrueBlack 500 dengan tahap kecerahan maksimum 1000 nit, serta kedua-dua teknologi grafik NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync Premium Pro untuk permua yang lebih stabil. Ia turut mempunyai teknologi Ray-tracing dan Frame-Generation untuk paparan yang lebih realistik. Pilihan sambungan I/O pula termasuk DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, USB Type-A dan bicu audio 3.5mm.