Malaysia Oversight

Samsung Menghasilkan Skrin Lipat Tanpa Garis Lipatan

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Samsung Menghasilkan Skrin Lipat Tanpa Garis Lipatan


Samsung Menghasilkan Skrin Lipat Tanpa Garis Lipatan

January 6, 2026
Samsung

Effi Saharudin

Semua peranti skrin lipat sejak generasi pertama sehingga sekarang mempunyai garis kesan lipatan yang ketara. Walaupun diakui kesan lipatan semakin tidak ketara ia masih boleh dilihat dari sudut tertentu. Di CES 2026, Samsung Display memperlihatkan prototype panel skrin OLED Mont Flex tang tidak lagi mempunyai garis lipatan.

Samsung Mont Flex
Sumber gambar: Future

Mont Flex diumumkan Ogos tahun lalu tetapi tiada gambar menunjukkan panel tanpa garisan. Berdasarkan gambar di atas, ini ialah panel yang mungkin digunakan Z Fold8 dan peranti jenis Fold yang lain. Sebelum ini Samsung Display dipilih sebagai pengeluar panel Fold kerana hanya mereka mampu menghasilkan skrin tanpa garis ketara.

Perbezaan antara Mont Flex dengan panel Fold lain ialah terdapat plat besi berhampiran mekanisme lipat yang akhirnya menghilangkan kesan lipat.

Tom’s Guide



Source link