Samsung Ingin Perkenal Telefon Lipat-Tiga Pada Tahun Ini
July 10, 2025
•
Aman
Samsung baru sahaja memperkenalkan telefon boleh-lipat terbaru mereka, Galaxy Z Fold7 semalam, yang sedia menerima reaksi positif ramai pengguna. Tidak setakat itu, kini melalui temuramah khas, TM Roh berkongsi mengatakan Samsung akan perkenalkan telefon lipat-tiga mereka pada penghujung tahun ini.

TM Roh mengatakan mereka kini dalam fasa menambah-baik produk dan penggunaannya. Nama untuknya masih belum ditetapkan lagi, dan dijangka ditentukan dalam masa terdekat ini.
Dengan langkah ini juga, Samsung dijangka akan terus memposisikan dan memperlihatkan keupayaan mereka dalam arena panel dan juga telefon lipat.
Selain telefon lipat-tiga ini, Samsung turut dalam persiapan untuk memperkenalkan beberapa produk lain, termasuk tablet dan juga set realiti-terimbuh mereka tersendiri.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.