Malaysia Oversight

Samsung Galaxy Z Flip7 – Lebih Fleksibel Dengan FlexCam

By Amanz in August 14, 2025 – Reading time 3 minute
Samsung Galaxy Z Flip7 – Lebih Fleksibel Dengan FlexCam


Pernahkah anda rasa susah nak ambil gambar atau video swafoto sendiri tanpa bantuan orang lain? Atau membawa tripod kehulu-hilir semata-mata untuk merakam video? Samsung kini memberikan solusinya dengan Samsung Galaxy Z Flip7 menerusi ciri FlexCam. Dengan ciri yang inovatif ini, ia akan mengubah cara anda mengambil gambar atau merakam video. 

AD 4nXfOD1myP2iTMAFH uTx3Lppcyn4vyw5S7dga513Z1aCiTqh8SkSnK0Qa62LUDZHUj4R35VE fPtY64F71D 1l7vSotw149y9TTnCYrBR2fL9Z gjRp3n jqN6ag5kklRB4zLkJhyw?key=YPCDyDBMcd6BL5FjwwR5cg

Ambil Gambar Dan Video Tanpa Guna Tangan

Disebabkan rekaan boleh lipat yang ada pada Galaxy Z Flip7 ini, anda tidak perlukan lagi aksesori tambahan seperti tripod untuk dibawa bersama ketika bersiar-siar kemana-mana sahaja. Lipat sahaja telefon pada sudut yang anda inginkan, letak di mana-mana permukaan dan boleh mulakan sesi bergambar dengan hanya tunjukkan tapak tangan ke skrin. 

Apa yang lagi menarik adalah anda boleh pratonton gambar yang ingin diambil menerusi FlexWindow jadi anda boleh lihat kedudukan dan ekspresi muka sebelum memulakan rakaman. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuka telefon, semuanya boleh diakses melalui skrin luar sahaja. Dengan adanya ciri FlexCam dan juga FlexWindow, sememangnya ia akan memudahkan lagi penggunaan telefon seharian anda.

AD 4nXdKitjohU3 VScXF5ChRwk1DKYo6dJ5EipIghCsin aL1JgjywjCxFLLMax5Nt9QgNLyhttQHZ9NTX1xtHY66v 60pBAUTkO9qEmBlKp fx41eyeIOQ2LqWVdK9K90x2qle 6Q?key=YPCDyDBMcd6BL5FjwwR5cg

Gemini Terus di FlexWindow – Jawapan Pantas, Tanpa Buka Telefon

Selain boleh digunakan untuk mengambil gambar atau video, anda juga turut boleh mengakses Google Gemini hanya dari FlexWindow ini sahaja. Lebih menarik lagi, anda boleh mengaktifkan Google Gemini sambil mengekalkan telefon di dalam keadaan separa lipat lantas memberikan kegunaan lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. 

AD 4nXcYlJMT nKu6 2HLFwSejzCtfJG 7yAz SlImapGRcc5TJIjD3fay4mKWL8D5 63ps7HCYVkxDbXKvsq ZHx7WpK33KoMc8oTS1Yb3USf5zqKqCFt6ixbtimYf1IrzhC7WqKTIK g?key=YPCDyDBMcd6BL5FjwwR5cg

Untuk mengaktifkan Gemini, anda hanya perlu menekan butang sisi dalam beberapa saat dan boleh mulakan perbualan bebas dengan Gemini. Tanya sahaja tentang sesuatu anda ingin tahu sama ada tentang fesyen pakaian, berita terkini atau mendapatkan info tentang sesuatu topik. Gemini akan terus memberikan jawapan yang relevan untuk membantu anda.   

AD 4nXdcNJdcM ZAg Gzs0V4aA6rL85XUXsqyG4zC2pzCboOKwqKUNyaDmJlZmIZ0POwVn nJ kPrc wcqZnPXjOLVWkr7E5Vaupa

Hasil Gambar Terbaik Dengan Bantuan AI

Dengan ciri AI yang Samsung sediakan di dalam Galaxy Z Flip7 ini, ia dapat membantu anda mendapatkan hasil gambar yang berkualiti. Ia akan mengesan wajah subjek secara automatik, memperbetulkan pembingkaian. Selain itu juga, jika anda mengaktifkan fungsi Auto Zoom pada telefon ini, ia akan memastikan anda sentiasa berada di posisi yang sesuai semasa rakaman sedang dijalankan. 

Fungsi ini akan memberikan anda gambar yang berkualiti tanpa perlu mengerah tenaga untuk dapatkan hasil gambar yang cantik. Tidak perlu lagi untuk mencari jarak yang sesuai semasa anda mengambil gambar ataupun rakaman video. Apabila semua tugasan dilakukan secara automatik, tugas anda hanya perlu fokus pada gaya dalam gambar sahaja. 

AD 4nXefWuTVrRi1Qp1uLGqknkqb VBoKVSD7PnAq6aY5xOrRWJB6qkwJwE1iPBODH724CenWU
20250805 161932 scaled e1755148253499
20250805 161926 scaled e1755148308444

Prestasi Kamera Luar Biasa

Walaupun mempunyai saiz yang kecil, jangan pandang rendah tentang kemampuan kamera pada Galaxy Z Flip7 ini. Ia dilengkapi dengan lensa utama 50MP yang lebih baik daripada versi terdahulu dan digabungkan bersama teknologi ProVisual Engine. Dengan gabungan ini, ia memberikan kualiti imej yang lebih tajam, tona warna kulit yang kelihatan semulajadi dan juga pencahayaan yang seimbang tidak kira pada waktu siang ataupun malam. Terdapat juga lensa ultra lebar 12MP untuk mempelbagaikan variasi gambar yang diambil.

AD 4nXfd6NQ6X2Xb7zeLGFNnVKDTSIDt Gpe 23ksUHs8 JQQ1M3rKV3L2l8 0PY1wgUDq0SspJvPjKs sAj tXPgt7LfP d6etCSxq
20250807 152954 scaled e1755148432970
AD 4nXcqK5KxuF H8zwGsQfqPEs0 Ofg6naxUdhTKQqBvaN LtRZHj9epuMRWERzhNlh7XOns4 etqoUCo9I
20250807 152532 scaled e1755148554321

Rekaan Boleh Lipat Kini Lebih Premium 

Samsung Galaxy Z Flip7 kini menggunakan rekaan yang tahan lasak dengan bahan Armor Aluminium yang bukan sahaja kuat malah ringan. Samsung juga turut memberikan penekanan pada bahagian engsel dengan menggunakan Armor FlexHinge

Selain itu, skrin luaran juga menggunakan Corning Gorilla Glass Armor 2 untuk ketahanan yang lebih lasak. Galaxy Z Flip7 ini dimuatkan dengan bateri terbesar oleh Samsung untuk siri Galaxy Z Flip iaitu 4300mAh yang dapat memberikan 31 jam untuk tujuan hiburan. 

AD 4nXfb1NE33Tgjn66UPmc ZfGuM0ijB4yt8RTEOPfcqHCimGik617saK1HK1 qpOx wbgnXw7FF0xD t0QuTZb2k
AD 4nXdq3o5pHYxNZKwWZ tLJ1J0L6Wt8ow9TOW yegbSseKzb2A6jeJd5Jz33XCtiNLo 7hHQG4jqp4PRKMtMHmjAwaNPjv0aFtFQcAXsnEVanH13 e2kTMZMJQZOIB3eVt9kbjWCJD?key=YPCDyDBMcd6BL5FjwwR5cg

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, terbukti bahawa Samsung Galaxy Z Flip7 bukanlah sahaja satu telefon pintar yang biasa. Ini ialah peranti untuk anda yang mahukan lebih gaya, lebih kawalan dan lebih kebebasan dalam apa sahaja tujuan. Ia juga memberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan penggunaan mengikut situasi, sama ada untukmencipta kandungan, produktiviti sewaktu bergerak, atau hiburan santai.

Tambahan lagi, dengan ciri FlexCam pada Samsung Galaxy Z Flip7 ini, anda tidak lagi memerlukan bantuan orang lain untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik dari pelbagai sudut. Mod lipatan yang unik ini membolehkan anda merakam swafoto, video kreatif, atau gambar berkumpulan dengan mudah, walaupun aksesori tambahan seperti tripod. Jika anda mencari sebuah telefon yang fleksibel, serba boleh, dan sesuai untuk gaya hidup moden serta kreatif, Samsung Galaxy Z Flip7 sememangnya patut berada dalam senarai pilihan utama anda. 

AD 4nXd0Wl4yYi

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.



Source link