Malaysia Oversight

Samsung Galaxy A07 5G Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM699

By Amanz in January 30, 2026 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy A07 5G Rasmi – Bateri 6000mAh Dan Kemaskini Selama 6 Tahun


Samsung Galaxy A07 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini yang menjadikannya pilihan baharu dalam segmen telefon dengan sokongan rangkaian 5G. Pada masa yang sama, ia turut diberikan jaminan kemas kini perisian yang panjang untuk pengalaman penggunaan yang lebih berterusan.

Samsung Galaxy A07 5G 01

Samsung Galaxy A07 5G hadir dengan skrin LCD 6.7 inci HD+ serta kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 6300 dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Selain itu, bateri 6000mAh disediakan boleh dicas semula melalui sokongan port USB-C.

samsung Galaxy A07 5G 002

Peranti turut menerima sokongan kemas kini sekuriti sehingga enam kemas kini sistem operasi utama dan perlindungan selama enam tahun menyerupai model LTE. Dari segi kamera, ia dilengkapi tetapan 50MP + 2MP di bahagian belakang serta kamera swafoto 8MP. Peranti turut dilindungi dengan penarafan kalis air IP54.

samsung Galaxy A07 5G 003

Bgai yang berminat, Samsung Galaxy A07 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM699 (8+128GB) manakala model 8+256GB dijual pada harga RM949. Menariknya, model paling tinggi turut diberikan rebat sebanyak RM250 yang menjadikannya boleh dimiliki pada harga promosi RM699 untuk tempoh terhad. Peranti ini akan mula tersedia pada 30 Januari 2026 dengan pilihan warna menarik iaitu Hijau Muda, Ungu Muda dan Hitam Muda.

Sempena pelancaran di Malaysia, Samsung turut menyediakan promosi eksklusif bagi pembelian yang dibuat antara 30 Januari – 28 Februari di Samsung Online Store, Samsung Experience Stores, pengedar sah serta platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang membeli Galaxy A07 5G di kedai terpilih layak membeli maksimum satu unit Buds Core dan Fit3 pada harga diskaun dalam satu transaksi.

Samsung Newsroom Malaysia



Source link