Malaysia Oversight

Samsung Dilaporkan Menangguhkan Pembangunan Galaxy Edge 2

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Dilaporkan Menangguhkan Pembangunan Galaxy Edge 2


Samsung Dilaporkan Menangguhkan Pembangunan Galaxy Edge 2

December 23, 2025
Samsung

Aman

Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan Galaxy S25 Edge, iaitu telefon pintar dengan rekaan nipis, dan ditawarkan secara terhad dibeberapa buah pasaran. Telefon pintar berkenaan hadir dengan ketebalan hanya sekitar 5.8mm.

Samsung Galaxy S25 Edge E

Rekaan nipis ini turut membuatkan kapasiti bateri yang hadir adalah kecil, iaitu sekitar 3900mAh sahaja. Pengenalan telefon pintar nipis ini dilihat tidak menerima permintaan tinggi seperti model lain, dan perkara ini dilihat membuatkan Samsung menangguhkan pengenalan kemaskini untuknya.

Mengikut laporan terbaru dari Korea Selatan, ia dikatakan Samsung menangguhkan pembangunan telefon dengan rekaan nipis Galaxy Edge 2, sebaliknya akan lebih memfokuskan kepada model telefon dengan prestasi tinggi.

Perkara ini juga dilihat selari dengan permintaan Air yang agak rendah berbanding model lain. Berkemungkinan pengguna tidak mengemari peranti dengan rekaan nipis, tetapi inginkan peranti dengan kuasa pemprosesan lebih berkuasa, serta masa bertahan lebih lama.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link