Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kaca Mata Pintar Pada 2026
Aman
Samsung kini dilaporkan akan memperkenalkan kaca mata pertama mereka seawal penghujung 2026 kelak. Kaca mata pintar pertama mereka dijangka menawarkan ciri asas, tanpa sokongan panel paparan.
Kaca mata pintar pertama ini dijangka menyertakan sokongan mikrofon, speaker dan kamera – serta menyertakan integrasi kecerdasan buatan untuk melakukan sejumlah kawalan. Dengannya, pengguna boleh mendengar muzik, membuat panggilan, menghantar mesej, merakamkan gambar dan video, serta bertanyakan soalan melalui kecerdasan buatan terbina.

Selain kaca mata pintar ini, Samsung juga dijangka memperkenalkan set kepala dengan sokongan realiti-terimbuh dalam masa terdekat ini.
Pada hari ini, Meta sedia menerajui arena kaca mata pintar ini, selain beberapa pihak turut telah menawarkan produk masing-masing termasuk Xiaomi dan HTC. Namun, penawaran masih terhad di beberapa pasaran sahaja buat masa ini. Mungkin dengan penyertaan Samsung, ia akan ditawarkan dengan lebih meluas lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.