Malaysia Oversight

Samsung dan BOE Menyelesaikan Kes Saman Skrin OLED Di Luar Mahkamah

By Amanz in November 21, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung dan BOE Menyelesaikan Kes Saman Skrin OLED Di Luar Mahkamah


Samsung dan BOE Menyelesaikan Kes Saman Skrin OLED Di Luar Mahkamah

November 21, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Samsung Display menyaman BOE beberapa tahun lalu kerana mendakwa syarikat tersebut melanggar harta intelek teknologi skrin OLED. Kerana saman yang difailkan, peranti yang menggunakan skrin BOE berhadapan diharamkan jualannya di Amerika Syarikat.

BOE f OLED D

Menurut laporan Yonhap, kedua-dua syarikat bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah. Tiada maklumat apakah persetujuan antara kedua-dua syarikat tetapi besar kemungkinan BOE perlu membayar royalti ke atas penggunaan paten OLED Samsung yang didakwa telah dilanggar.

Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar untuk telefon pintar. Tetapi sejak kebelakangan ini peranti yang dikeluarkan di mula menggunakan panel BOE kerana ianya lebih murah. Antara syarikat yang menggunakan panel BOE ialah , Huawei, Vivo, OnePlus and Oppo.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link