Kerajaan telah memperkenalkan program subsidi petrol BUDI95 dua bulan yang lalu dimana semua rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dan lesen memandu yang sah boleh mendapatkan subsidi petrol RON95 untuk menggunakan petrol tersebut pada harga subsidi murah.
Terkini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengatakan bahawa para pemilik kenderaan Malaysia yang tidak membayar saman JPJ menjelang 31 Disember 2025 akan hilang kelayakan untuk menggunakan subsidi petrol tersebut.

Subsidi BUDI95 terikat kepada lesen memandu, dan sekiranya sistem JPJ mendapati bahawa pemilik lesen mempunyai sebarang saman JPJ yang tertunggak, pam petrol akan mengatakan bahawa anda tidak layak untuk menggunakan skim BUDI95 apabila anda mengimbas kad pengenalan anda.
Anda boleh menggunakan aplikasi MyJPJ ataupun ke laman web seperti MyEG untuk menyemak sekiranya anda mempunyai sebarang tunggakan saman JPJ dan membayarnya sebelum tarikh tersebut.






