Malaysia Oversight

Runway Bakal Perkenal Sokongan Penjanaan Permainan Video Dikuasakan AI

By Amanz in June 29, 2025 – Reading time 1 minute


Runway Bakal Perkenal Sokongan Penjanaan Permainan Video Dikuasakan AI

June 28, 2025

Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat sokongan penjanaan teks, gambar, audio dan juga video menggunakan kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, bergerak kehadapan, lebih banyak perkara dilihat akan disokong boleh dijana menggunakan kecerdasan buatan.

Terbaru, Runway yang sedia popular dengan penjanaan video, kini turut sedang melihat kepada penjanaan permainan video. Ciri ini dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat, dan laman untuknya dilihat telah pun aktif.

Melalui temuramah, pihak Runway mengatakan versi awal adalah versi yang terhad dan permulaan. Versi penjanaan permainan video lebih menyeluruh dijangka diperkenalkan secara berperingkat kelak bermula tahun ini. Disamping itu, Runway turut dikatakan sedang dalam perbincangan bersama beberapa syarikat permainan video dalam menggunakan teknologi dan dataset untuk latihan.

Dengan perkembangan ini, mungkin kita turut akan melihat lebih banyak syarikat lain turut memperkenalkan penawaran AI masing-masing selari Runway yang ingin memudahkan penjanaan permainan video.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link