Malaysia Oversight

Risiko Anda Menghidapi Diabetes Meningkat 27% Jika Makan Kentang Goreng

By Amanz in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
Risiko Anda Menghidapi Diabetes Meningkat 27% Jika Makan Kentang Goreng


Risiko Anda Menghidapi Diabetes Meningkat 27% Jika Makan Kentang Goreng

August 7, 2025
Sains

Effi Saharudin

Kentang goreng ialah jajan kegemaran saya khususnya ketika menulis artikel yang panjang di pejabat. Ianya enak, dan mudah dimakan walaupun ketika sedang bekerja. Kini ia juga boleh dimasukkan ke dalam kategori makanan yang meningkat risiko penyakit diabetes jenis dua.

Kencing Manis Diabetes 1

Kajian yang dilakukan Harvard University mendapati risiko menghidap diabetes jenis 2 ialah 20% jika kentang goreng dimakan tiga kali seminggu. Ia kemudiannya meningkat ke 27% jika dimakan lebih daripada lima kali seminggu. Tetapi jika kentang lenyek, rebus dan bakar dimakan, tiada peningkatan risiko dikesan.

Ini menunjukkan isu di sini bukanlah pengambilan kentang tetapi kentang goreng yang dimasak menggunakan minyak dan garam menjadikannya kurang sihat berbanding kentang yang disediakan menggunakan teknik masakan lain. Konklusi kajian ialah selepas menganalisa data kesihatan 205,107 orang dewasa yang bebas daripada penyakit diabetes, kanser dan kardiovaskular. Data kesihatan dikumpul antara 1984 hingga 2021.

Jadi selepas ini jika anda seorang penggemar kentang goreng (seperti saya), mungkin boleh kurangkan pengambilannya setiap minggu. Sebaliknya pesan kentang lenyek dan rebus jika mengidam sangat hendak makan kentang.

Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal The BMJ.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link