Replit Kini Membolehkan Anda Sempoicara Aplikasi Mudah-Alih, Dan Terbitkannya
Aman
Replit sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk sempoicara, membolehkan pengguna membangunkan sebarang perkhidmatan atau aplikasi web dengan hanya memberikan arahan teks. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan kecerdasan buatan janaan.

Kini, Replit turut menambah sebuah sokongan baharu, iaitu kebolehan untuk membangunkan aplikasi mudah-alih, dan seterusnya turut memberikan pilihan untuk menerbitkannya pada App Store. Dengan penawaran ini, pengguna boleh memberikan arahan dalam bentuk teks berkenaan aplikasi yang anda inginkan, dan seterusnya Replit akan mula membangunkan dan memberikan pilihan untuk menerbitkannya.
Replit mengatakan pengguna boleh membangunkan pelbagai variasi aplikasi mudah-alih melaluinya, termasuk aplikasi produktiviti, permainan mudah-alih, aplikasi AI, aplikasi edagang dan lain-lain. Bagi anda yang berminat, boleh cuba bangunkan aplikasi anda sendiri di Replit hari ini.





