Malaysia Oversight

Rekaan Xiaomi 17 Pro Max Diperlihatkan Dengan Skrin Sekunder

By Amanz in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
Rekaan Xiaomi 17 Pro Max Diperlihatkan Dengan Skrin Sekunder


Rekaan Xiaomi 17 Pro Max Diperlihatkan Dengan Skrin Sekunder

September 16, 2025
Xiaomi

Effi Saharudin

Xiaomi 17, 17 Pro dan 17 Pro Max akan dilancarkan bulan ini dengan ia juga menjadi peranti pertama menggunakan cip baharu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Dengan pelancaran semakin hampir, Xiaomi berkongsi video acah yang mendedahkan rekaan peranti ini.

Xiaomi 17 pro Max D

Ia mempunyai bonggol kamera berkotak dan dilengkapi skrin sekunder di bahagian belakang. Pasti ada yang akan menuduh Xiaomi meniru rekana 17 Pro Max tetapi hakikatnya penggunaan “dataran kamera” yang besar telah digunakan Xiaomi 11 Ultra terlebih dahulu pada tahu 2021 dengan ia juga mempunyai skrin sekunder.

Xiaomi 17 pro Max B

Dapat dilihat penggunaan sistem lensa Leica, widget pada skrin sekunder dan rekaan tubuh berkotak. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Xiaomi 17 Pro Max dilancarkan maka pastinya lebih banyak maklumat mengenainya akan diketahui.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link