Malaysia Oversight

Rekaan Samsung Galaxy Buds4 dan Buds4 Pro Pula Tertiris

By Amanz in February 4, 2026 – Reading time 1 minute
Rekaan Samsung Galaxy Buds4 dan Buds4 Pro Pula Tertiris


Rekaan Samsung Galaxy Buds4 dan Buds4 Pro Pula Tertiris

February 4, 2026
Audio
Samsung

Effi Saharudin

Semalam rekaan dan spesifikasi lengkap Samsung Galaxy S26 Ultra tetiris hanya beberapa minggu sebelum pelancaran rasminya pada 25 Februari depan. Pagi ini rekaan dua fon telinga Samsung Galaxy Buds4 dan Galaxy Buds4 Pro pula tertiris sekali lagi menerusi laman Android Headlines.

Samsung Galaxy Buds4 Pro Leak A

Rekaan adalah sangat berlainan dengan siri Galaxy Buds3 kerana tangkai kini mempunyai kemasan logam, pod pengecas berbentuk empat segi dan tiada lagi lampu LED disertakan pada sisi Buds4 Pro.

Samsung Galaxy Buds4 Pro Leak B

Buds4 Pro mempunyai putik silikon sementara Buds4 adalah dari jenis terbuka. Kedua-duanya mempunyai sensor mengesan dipasang pada telinga untuk sistem menjeda muzik secara automatik.

Samsung Galaxy Buds4 Leak B

Berita baik di sini ialah rekaan tidak mirip sebuah AirPods yang menjadi kontroversi pada Buds3 tahun lalu. Pod pengecas masih lagi mempunyai penutup lutsinar membolehkan bahagian dalam dilihat tanpa penutup dibuka.

Samsung Galaxy Buds4 Leak A



Source link