Rekaan Nothing Phone (3) Tertiris – Tiada Lagi Lampu Glyph
June 27, 2025
•
Effi Saharudin
Rekaan penuh Nothing Phone (3) telahpun tertiris sepenuhnya menerusi laman Android Headlines hari ini. Berdasarkan dua gambar di bawah, ia mengesahkan Nothing tidak lagi menyertakan sistem lampu Glyph yang telah digunakan sejak peranti pertama lagi.

Sebaliknya dapat dilihat sebuah skrin LCD di belakang yang seperti yang diacah sendiri oleh Nothing sebelum ini akan menjadi pengganti Glyph. Sebuah lagi perubahan besar ia Phone (3) dilengkapi tri-kamera di belakang menggantikan konfigurasi hanya dua kamera sahaja sebelum ini.

Panel belakang masih mempunyai rekaan plastik lutsinar dengan elemen retro futuristik. Pada sisi kini terdapat empat butang fizikal dengan dua adalah untuk laras audio dan satu lagi untuk kuasa. Tidak diketahui apakah kegunaan butang keempat tetapi mungkin untuk kawalan kamera atau menyeru pembantu maya seperti yang ditawarkan beberapa peranti Android lain tahun ini.
Nothing Phone (3) akan dilancarkan pada 2 Julai depan dan kesemua misteri mengenai spesifikasi peranti akan diketahui pada hari tersebut.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.