Malaysia Oversight

Rekaan Google Pixel 10a Tertiris Dengan Spesifikasi Mengecewakan

By Amanz in January 15, 2026 – Reading time 1 minute
Rekaan Google Pixel 10a Tertiris Dengan Spesifikasi Mengecewakan


Rekaan Google Pixel 10a Tertiris Dengan Spesifikasi Mengecewakan

January 15, 2026
Google

Effi Saharudin

Tahun lalu saya kata Google Pixel 9a ialah Pixel yang paling munasabah di Malaysia kerana harga kompetitif, kamera yang bagus dan cip pemproses sama dengan siri Pixel 9 yang lebih mercu. Dengan kita sudah melangkah dengan berjaya ke tahun 2026, pelancaran Google Pixel 10a pula dinantikan dan hari ini imej pengolokannya tertiris menerusi laman Android Headlines.

Google Pixel 10a render A

Tidak mengejutkan rekaan Pixel 9a dikitar semula maka tiada palang kamera yang besar dan bonggol kamera nampak sangat minima. Rekaan dwi-kamera belakang sedikit lebih besa berbanding tahun lalu tetapi skrin mengekalkan panel dengan bezel yang agak tebal.

Adalah dipercayai spesifikasi peranti ialah skrin 6.3″ OLED 120Hz, dijana cip Tensor G4 (bukan G5), memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB UFS 3.1, bateri 5100 mAh (23W), serta kamera utama 48+13MP.

Jika benar Pixel 10a mengitar semula cip Tensor G4 tahun lalu, ia adalah langkah yang kami rasakan kurang bijak oleh Google. Dalam pasaran peranti kelas pertengahan yang sangat kompetitif di Malaysia, penawaran peranti spesifikasi 2025 pada tahun 2026 ialah seakan membaca talkin walaupun produk belum lagi dilancarkan.



Source link