Rekaan dan Spesifikasi Samsung Galaxy S26 Ultra Tertiris
Effi Saharudin
Siri Samsung Galaxy S26 akan dilancarkan pada 25 Februari di acara Samsung Unpacked pertama 2026. Seperti kebiasaannya, menjelang pelancaran imej pengolokan rasmi serta spesifikasi lengkap Samsung Galaxy S26 Ultra akhirnya tertiris pada hujung minggu lalu menerusi laman Android Headlines.

Dari segi rekaan ia menepati ura-ura sebelum ini yang mengatakan tubuh peranti kini dibulatkan, bonggol kamera mirip Z Fold7 dan berita baik ia masih lagi disertakan dengan S Pen terbina.
Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan skrin 6.9″ Dynamic AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin tahun ini bukan sahaja mempunyai lapisan tahun silau tetapi juga dengan teknologi baharu Privacy Display yang membuatkan kandungan tidak boleh dilihat selain oleh mata pemilik.

Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 256GB, storan sehingga 1TB dan bateri pula sebesar 5000 mAh tetapi kali ini dengan sokongan pengecasan 60W berbanding hanya 45W sebelumnya.
Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP, telefoto 3x 50MP dan telefoto 3x 10MP. Sementara itu di hadapan kamera masih lagi sekadar 12MP. Setakat ini hanya peranti dalam warna Cobalt Violet dan Black sahaja tertiris.






