Dalam kehidupan seharian seorang yang cuai, saya menginginkan telefon yang bukan sahaja cantik atau pantas. Tetapi juga tahan lasak, mempunyai bateri yang tahan lama serta kamera yang tepat untuk kegunaan harian.

Namun demikian, memilih telefon yang benar-benar seimbang bukanlah perkara mudah. Segala persoalan itu akhirnya terjawab dengan kemunculan siri REDMI Note 15 yang hadir sebagai sebuah peranti lengkap dari segi spesifikasi dan memberi penekanan jelas terhadap ketahanan jangka panjang.
Tahan Lasak “Built to Last“
Xiaomi memberikan gelaran ‘Built to Last’ pada siri REDMI Note 15 dan gelaran ini sememangnya tepat. Fokus utama telefon ini adalah pada ketahanan, menjadikannya pilihan sesuai untuk pengguna yang aktif.

Sebagai contoh, REDMI Note 15 Pro+ telah melalui pelbagai ujian ketahanan di makmal bagi memastikan prestasi yang konsisten. Dari segi binaan, panel belakang peranti ini menggunakan bahan fiberglass yang lebih kukuh berbanding bahan konvensional. Sementara itu, bahagian hadapan dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2 yang mampu menahan kejatuhan sehingga 2.5 meter.

Tidak cukup dengan itu, telefon ini turut menerima persijilan SGS 5-bintang sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai telefon pintar yang sesuai untuk penggunaan harian yang mencabar.
Persijilan ini menjadi bukti bahawa peranti dibangunkan dengan standard ketahanan yang tinggi. Di samping itu, struktur rangka dan bahagian papan induk (Motherboard) yang teguh mampu memastikan ketahanan dalaman yang lebih mantap.
Hasilnya, pengguna berasa lebih yakin setiap kali menggunakan telefon ini, sama ada untuk tugasan harian mahupun aktiviti luar yang lasak.
Satu lagi aspek yang menjadikan REDMI Note 15 Pro+ 5G menonjol adalah tahap perlindungan kalis airnya. Peranti ini hadir dengan persijilan IP66/ IP68/IP69/IP69K yang diperakui oleh TÜV sekali gus menjadikannya antara telefon pintar dengan perlindungan air tertinggi dalam kelasnya.

Hal ini bermakna ia bukan sahaja tahan percikan air, malah mampu menahan rendaman, air bertekanan tinggi serta suhu tinggi. Ciri ini jarang ditemui dalam telefon pintar pada julat harga ini.
Lebih-lebih lagi, telefon ini dilengkapi teknologi AI Wet Touch 2.0 yang memastikan skrin kekal responsif walaupun jari dalam keadaan basah sama ada selepas mencuci tangan atau ketika hujan.
Walaupun kelihatan kecil, fungsi ini tetap berguna dalam penggunaan harian kerana membantu meningkatkan keselesaan dan keyakinan pengguna dalam pelbagai situasi.

Sokongan Perisian & Jaminan Jangka Panjang
Dari segi perisian, Xiaomi menawarkan sehingga empat tahun kemas kini sistem operasi dan enam tahun kemaskini keselamatan bagi memastikan telefon sentiasa relevan dan dilindungi. Ciri ini amat penting kerana tidak semua pengguna ingin menukar telefon setiap tahun maka jaminan sokongan jangka panjang boleh memberikan nilai tambah yang nyata.

Selain itu, telefon ini hadir dengan jaminan standard 1+1 tahun (satu tahun jaminan asas ditambah satu tahun tambahan), menjadikan keseluruhan perlindungan peranti selama dua tahun. Lebih meyakinkan, ia turut dilengkapi dengan jaminan kerosakan tidak sengaja selama dua tahun yang meliputi kerosakan skrin, cecair, serta tuntutan pembaikan penutup belakang untuk sekali sahaja.
Bukan itu sahaja, sokongan bateri turut dijamin sehingga empat tahun. Sekiranya tahap kesihatan bateri menurun di bawah 80% dalam tempoh tersebut, pengguna berhak menukarnya tanpa sebarang caj. Gabungan perlindungan ini sekali gus memberikan ketenangan fikiran menyeluruh kepada pengguna sepanjang tempoh penggunaan.
Bateri Besar, Pengecasan Pantas
Siri baharu ini turut memperkenalkan peningkatan prestasi bateri yang signifikan berbanding generasi sebelumnya. Model REDMI Note 15 Pro+ 5G dilengkapi bateri berkapasiti 6500mAh jenis Silikon-Karbon yang menyokong sehingga 1,600 kitaran pengecasan sambil mengekalkan kesihatan bateri melebihi 80%. Hal ini bersamaan dengan penggunaan harian selama kira-kira enam tahun, sekali gus menjadikannya pilihan yang tahan lama.

Selain itu, bateri telefon ini menyokong teknologi 100W HyperCharge yang mampu mengecas penuh sehingga 100% dalam masa hanya 40 minit. Untuk kegunaan kecemasan atau berkongsi tenaga, ia turut dilengkapi dengan 22.5W wired reverse charging, membolehkan peranti lain dicas menggunakan REDMI Note 15 Pro+ 5G. Gabungan teknologi ini memastikan telefon sentiasa bersedia digunakan, walaupun jadual harian anda padat dengan aktiviti.
Sistem Kamera 200MP
Bahagian kamera menjadi salah satu tarikan utama pada REDMI Note 15 Pro+ 5G. Telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 200MP serba baharu bersama sensor besar bersaiz 1/1.4 inci yang menurut Xiaomi mampu menghasilkan imej lebih jelas dengan warna yang hidup dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Di samping itu, telefon ini menawarkan lima panjang fokus berbeza dengan teknologi in-sensor zoom telefoto sehingga 4x sekali gus memudahkan pengguna merakam imej dari jarak jauh dengan hasil yang tetap tajam dan terperinci. Sebagai contoh, imej pemandangan dapat dizum dengan mudah pada pelbagai jarak, lalu memperlihatkan hasil yang lebih kemas serta sedap dipandang mata.




Dengan keupayaan ini, pengguna bukan sahaja dapat merakam gambar harian dengan lebih jelas, malah mampu menghasilkan foto yang menyerlah dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Keseluruhannya, kamera pada REDMI Note 15 Pro+ 5G bukan sekadar memenuhi keperluan asas, tetapi turut menjadikan pengalaman fotografi lebih menyeronokkan dan memuaskan sama ada untuk rakaman santai mahupun detik istimewa yang ingin diabadikan.
Dapatkan Sekarang, Jangan Tunggu Lagi!
Bagi yang berminat, siri REDMI Note 15 tersedia dalam beberapa pilihan model yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Untuk model REDMI Note 15 Pro+ 5G, ia ditawarkan pada harga RM1,699 bagi varian 12/256GB lengkap dengan naik taraf storan percuma daripada 256GB ke 512GB. Varian 12/512GB pula berharga RM1,899 namun boleh didapati pada harga promosi RM1,699. Lebih menarik, pra-tempah bermula dari 16 hingga 21 Januari 2026 akan disertakan dengan hadiah percuma berupa REDMI Pad SE 8.7” bersama kerangka.
Model REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan harga RM1,399 untuk varian 8/256GB turut menawarkan naik taraf storan percuma daripada 256GB ke 512GB. Varian 8/512GB dijual pada harga RM1,599 namun boleh didapati pada harga promosi RM1,399. Sama seperti model Pro+, pra-tempah berlangsung dari 16 hingga 21 Januari 2026 dengan hadiah percuma REDMI Pad SE 8.7” dan kerangka.
Bagi model REDMI Note 15 5G, varian 6/128GB bakal dijual pada harga RM849 manakala varian 8/256GB berharga RM949 bermula 16 Januari 2026. Selain itu, terdapat juga model REDMI Note 15 eksklusif atas talian dengan varian 8/256GB yang dijual pada harga RM799. Model ini hanya boleh didapati melalui platform atas talian seperti mi.com, TikTok, Shopee dan Lazada.
Kesemua model dalam siri ini boleh didapati di Xiaomi Store, mi.com serta platform e-dagang seperti TikTok, Shopee dan Lazada. Dengan harga bermula serendah RM799, ditambah pula dengan pelbagai tawaran pratempahan dan jualan pembukaan, siri REDMI Note 15 terbukti menjadi pilihan unggul bagi pengguna yang menginginkan telefon pintar berprestasi tinggi dengan nilai yang amat berbaloi.
Penafian: Advertorial dari Xiaomi Malaysia






