Malaysia Oversight

Red Dead Redemption Kini Boleh Dimuat Turun Di PS5, Xbox Series, Switch 2, Android, iOS dan Netflix

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Red Dead Redemption Akan Ke PS5, Xbox Series, Switch 2, Android dan iOS Pada 2 Disember


Red Dead Redemption kini boleh dimuat turun di PlayStation 5, Xbox Series X, Xbox Series S, Switch 2, Android, iOS dan Netflix. Versi Red Dead Redemption ini akan turut ditawarkan sekali dengan DLC Undead Nightmare.

Bagi pengguna PS5, permainan boleh dibeli pada harga RM210 tetapi berkas khas kedua-dua permainan Red Dead Redemption dan Red Dead Redemption 2 ditawarkan pada harga RM167.70 yang lebih berbaloi. Di Android aplikasi dijual pada harga RM166 dan di iOS pula pada harga RM165.90. Pelanggan Netflix boleh memuat turun aplikasi secara percuma tanpa bayaran tambahan.

red dead redemption 1

Versi PS5 dan Xbos Series X/S akan menyokong kadar bingkai 60 FPS, grafik dipertingkat, sokongan HDR dan resolusi sehingga 4K. Pada Switch 2 pula ia akan menyokong DLSS, HDR, sokongan tetikus dan 60 FPS resolusi tinggi. Ia adalah peningkatan kepada versi RDR yang ditawarkan untuk PS4, Xbox One dan Switch.

Rockstar Games memberikan naik taraf percuma kepada pembeli RDR di PS4, Xbox One dan Switch ke versi terkini ini. Ciri lain ialah menyambung permainan daripada sesi permainan yang disimpan pada konsol generasi lalu.



Source link