Realme Akan Diserap Menjadi Subjenama Oppo
Aman
Realme, salah satu pengeluar telefon pintar popular di pasaran, kini menyatakan mereka akan diintegrasikan ke dalam syarikat Oppo, sekaligus menjadi subjenama untuk Oppo. Peralihan ini hadir selepas OnePlus turut diintegrasikan dan menjadi subjenama Oppo sebelum ini.
Dengan langkah ini, kos operasi dijangka dapat dikurangkan, dan berkongsi dalam pelbagai pembangunan. Selain itu, perkhidmatan pelanggan juga akan diintegrasikan bersama.

Ia dikatakan Realme akan terus memperkenalkan produk mereka seperti dijadualkan sebelum ini. Dengan adanya Realme dan OnePlus dibawah Oppo, ia dijangka akan menyasarkan golongan pengguna berbeza, dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dari segi kesesuaian produk bagi setiap golongan. Pengumuman ini sekaligus akan memperlihatkan penawaran tiga variasi jenama dibawah Oppo, iaitu penawaran Oppo sendiri, selain Realme dan juga OnePlus.






