Malaysia Oversight

Realme 16 Pro+ 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP

By Amanz in December 24, 2025 – Reading time 1 minute
Realme 16 Pro+ 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP


Realme 16 Pro+ 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP

December 24, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Trend kamera 200MP dijangka meningkat pada tahun hadapan dengan kemunculan pelbagai peranti komersial di pasaran. Salah satu model yang bakal menampilkan teknologi ini ialah Realme 16 Pro+ 5G yang akan menggunakan kamera 200MP sebagai sensor utama.

Realme 16 Pro 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP 009 edited scaled

Selain itu, peranti ini turut digabungkan dengan sensor 50MP periskop telefoto sekali gus menjadikannya sesuai untuk tangkapan imej pada pelbagai jarak. Berdasarkan perkongsian Realme, kamera menyokong zoom optikal sehingga 10x yang dioptimumkan untuk fotografi potret. Antara mod lainyang disediakan ialah 1x untuk potret berkumpulan, 3.5x untuk ‘golden portrait’ dan 10x untuk ‘long-zoom portrait’.

Realme 16 Pro 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP 001 edited scaled

Seterusnya, pengalaman fotografi dipertingkatkan dengan teknologi baharu seperti All-New LumaColor Algorithm, 3D Phantom Matrix, Intelligent Match of Color Brightness serta 16-bit Raw Domain Compute. Pengguna juga boleh menukar suasana gambar melalui beberapa pilihan mod seperti Lively, Vivid, Emerald, Fresh dan Neon bagi menghasilkan pelbagai gaya menarik.

Realme 16 Pro 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP 008 edited scaled

Bukan itu sahaja, peranti turut menawarkan kebolehan merakam video 4K HDR dengan sokongan zoom pada pelbagai tahap sekali gus menghasilkan video yang lebih sinematik. Bagi pengguna yang gemar bereksperimen dengan kandungan kreatif, Realme menyediakan templat khusus melalui fungsi AI Instant Clip di samping sokongan AI Edit Genie 2.0 untuk pengalaman suntingan yang lebih pintar.

realme 16 Pro



Source link