Malaysia Oversight

Razr Fold Ialah Peranti Skrin Lipat Besar Pertama Motorola

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 1 minute
Razr Fold Ialah Peranti Skrin Lipat Besar Pertama Motorola


Razr Fold Ialah Peranti Skrin Lipat Besar Pertama

January 7, 2026

Effi Saharudin

Biar lambat asalkan selamat mungkin motto yang digunakan kerana selama ini mereka sekadar menawarkan telefon pintar jenis Flip sahaja ke pasaran. Di CES 2026, mereka akhirnya mendedahkan rekaan untuk Motorola Razr Fold yang merupakan telefon skrin lipat pertama mereka dengan rekaan skrin besar.

Motorola Razr Fold A

Maklumat yang didedahkan masih sedikit dengan mereka sekadar mengatakan ia dilengkapi skrin luar 6.6″ OLED dan skrin dalam boleh dilipat sebesar 8.1″ OLED 2K LTPO. Peranti menyokong penggunaan stylus Moto Pen Ultra yang boleh mengesan sudut sendeng dan tekanan. Skrin turut boleh memaparkan kandungan Dolby Vision.

Motorola Razr Fold B

Kamera pula terdiri daripada tri-kamera 50MP di bahagian belakang dengan sensor Sony Lytia. Sistem telefoto menyokong zum periskop sehingga 3x. Kamera swafoto luar sebesar 32MP dan swafoto dalam pula 20MP dalam sebuah lubang kamera. Maklumat lain masih lagi misteri dengan peranti mungkin hanya akan dilancarkan sekitar musim panas depan.



Source link