Razer Perkenal AI KIt – Penyelesaian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan LLM
January 6, 2026
Razer
Aman
Razer hari ini memperkenalkan Razer AI Kit, iaitu sebuah kit sumber terbuka untuk pembangunan kecerdasan buatan. Melaluinya, ia dengan mudah melakukan pelbagai tetapan untuk GPU dan pelbagai tetapan lain dalam pembangunan inferens untuk model bahasa raya pada sesuatu tetapan pelayan atau komputer.

Razer mengatakan ini memberikan kemudahan dalam pembangunan secara tempatan tanpa perlu bergantung kepada pelayan. Razer AI Kit ini juga memfokuskan kepada para pembangun, dan juga pengkaji dalam arena kecerdasan buatan.
Bagi pembangun yang berminat, boleh merujuk laman Razer AI Kit hari ini, dan menggunakannya dalam pembangunan model kecerdasan buatan masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






