Malaysia Oversight

Rasmi – Samsung Galaxy S26 Akan Dilancarkan Pada 25 Februari

By Amanz in February 11, 2026 – Reading time 1 minute
Rasmi – Samsung Galaxy S26 Akan Dilancarkan Pada 25 Februari


Rasmi – Samsung Galaxy S26 Akan Dilancarkan Pada 25 Februari

February 11, 2026
Samsung

Effi Saharudin

Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 25 Februari di San Francisco. Ini menjawab spekulasi di mana siri Samsung Galaxy S26 dan siri Samsung Galaxy Buds4 dengan ada yang meramalkan ia dilakukan di MWC Barcelona.

Samsung Unpacked 2026

Menerusi beberapa imej acah dan video promosi yang telah dikongsi, siri Galaxy S26 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan buat pertama kalinya dengan teknologi skrin yang boleh menghalang orang lain melihat apa yang dipandang menerusi sistem privasi baharu dan kamera yang dipertingkat. Terdapat juga laporan di pasaran tertentu, cip Exynos akan ditawarkan.

Dari segi rekaan tidak perbezaan besar dijangka akan dilakukan selain bonggol kamera yang kini berbentuk bujur sama seperti digunakan di belakang Z Fold7, Galaxy S57 dan Galaxy A37. Jika menyeragamkan antaramuka semua sistem operasi, Samsung pula menyeragamkan rekaan semua peranti yang mereka tawarkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link