Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat Dijual Dengan Entiti Baharu Ditubuhkan
Effi Saharudin
Perniagaan TikTok Amerika Syarikat kini secara rasminya dijual oleh Bytedance kepada sebuah entiti baharu TikTok USDS Joint Venture LLC dengan adalah kerjasama antara Bytedance dan beberapa entiti Amerika Syarikat. Penjualan akhirnya dilakukan selepas arahan penjualannya diberikan oleh Presiden Biden pada 25 September tahun lalu atas sebab ia didakwa mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Saham USDS Joint Venture LLC dipegang 19.9% oleh Bytedance sementara Silver Lake, Oracle, dan MGX masing-masing memegang 15%. Pelabur lain adalah Dell Family Office, Susquehanna, Alpha Wave, Revolution, General Atlantic, Virgo LI, dan NJJ Capital
Dengan penjualannya secara rasmi hari ini, lebih 200 juta pengguna dan 7.5 juta perniagaan di A.S kini boleh terus menggunakan platform tanpa perlu risau ia diharamkan seperti yang berlaku selama beberapa hari tahun lalu. Aplikasi Bytedance yang lain seperti CapCut, Lemon8 dan laman lain Bytedance kini juga dibenarkan beroperasi tanpa perlu risau diharamkan.
Data pengguna Amerika kini disimpan menggunakan Infrastruktur awanan Oracle dan melepasi piawaian NIST CSF, NIST 800‑53, ISO 27001, dan keperluan CISA. Syarikat baharu akan menguruskan keselamatan, data, dan algoritma untuk pengguna AS.
Algoritma baharu khusus untuk pengguna tempatan akan dibangunkan menggunakan data disimpan oleh Oracle. TikTok Global masih menguruskan pengiklanan, pemasaran, e-dagang dan kebolehkendalian.






