Malaysia Oversight

Rangkuman 10 Berita Teknologi Terbesar Separuh Tahun Pertama 2025

By Amanz in July 6, 2025 – Reading time 7 minute
Rangkuman 10 Berita Teknologi Terbesar Separuh Tahun Pertama 2025


Lain-lain

Rangkuman 10 Berita Teknologi Terbesar Separuh Tahun Pertama 2025

July 4, 2025

Effi Saharudin

Separuh tahun 2025 telah datang dan pergi. Rasanya seperti baru semalam letupan mercun 1 Januari dilihat di KLCC menandakan kemunculan tahun baru. Dalam dunia teknologi, 6 bulan berjalan dengan lebih pantas dan saya tidak salahkan anda jika terlupa beberapa berita yang disenaraikan di bawah.

10 berita menarik H2 2025 1

Tahun 2025 bermula dengan pelbagai kemelut dan masalah yang masih mendatangkan impak jangka panjang ke atas dunia teknologi dan juga ekonomi global. Di bawah ialah rangkuman 10 berita teknologi terbesar separuh tahun pertama 2025.

1. Tarif

Tarif melampau yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas semua negara dunia menjadi pilihan pertama senarai ini kerana ia tindakan tidak masuk akal yang bukan sahaja merosakkan ekonomi Amerika tetapi juga negara lain. Sebagai menyambut “Hari Pembebasan”, tarif antara 10-64% dikenakan ke atas negara rakan dagang Amerika Syarikat.

Perdagangan Trade Amerika China

Malaysia dikenakan tarif 24% dengan pula dihukum dengan tarif 67%. Formula yang digunakan pentadbiran Presiden ialah mengenakan tarif berdasarkan defisit import oleh negara rakan dagang. Malaysia lebih banyak mengeksport ke Amerika dan oleh sebab itulah dikenakan 24%. Negara yang mengimport lebih banyak daripada Amerika juga turut dihukum dengan tarif 10%. Kesemua ini dilakukan oleh Trump bagi memaksa syarikat luar kembali mengilangkan produk di dalam Amerika.

Perang tarif kemudian menjadi semakin tidak masuk akal dengan pada suatu ketika dikenakan tarif setinggi 245% sebelum diturunkan ke 30% sahaja. Ini selepas menghalang eksport unsur nadir bumi ke semua negara untuk memberikan tekanan ke atas Trump.

Tarif Trump kemudian ditangguhkan selama 90 hari tetapi ia akan luput pada 9 Julai. Masih tiada maklumat adakah Trump akan menangguhkannya lagi seperti arahan menjual TikTok atau ekonomi global akan jatuh mendadak sekali lagi pada tarikh tersebut.

2. Kecerdasan Buatan (AI) Semakin Memuncak

Pelaburan ke atas penyelidikan AI dan pusat-pusat data AI semakin memuncak pada separuh tahun pertama 2025. OpenAI, Meta, Google, Microsoft, Anthropic dan pelbagai lagi syarikat AI melaburkan bertrilion semata-mata untuk menjadi yang pertama menghasilkan Kecerdasan Am Buatan (AGI).

Artificial Intelligence Ai kecerdasan

OpenAI dengan Project Stargate $500 bilion untuk menjadi Amerika Syarikat pusat data dunia. Meta membeli Scale Ai dan menubuhkan Meta Superintelligence Labs selepas berjaya memancing saintis terbaik daripada OpenAI, Google dan Safe Super Intelligence dengan memberikan ganjaran sehingga $300 juta seorang.

Sementara itu di Arab Saudi dan UAE, beberapa pusat data bernilai ratusan bilion turut diumumkan bagi mencapai aspirasi mereka untuk turut menjadi kuasa besar AI dalam masa terdekat. Dalam keghairahan ini, kajian Oxford University mendapati pusat data AI dunia didominasikan oleh China dan Amerika Syarikat dengan 90% daripadanya menggunakan perkakasan NVIDIA.

Kemampuan kecerdasan buatan juga semakin meningkat. Google Veo 3 dapat menjadi filem pendek lengkap dengan audio sepadan. Model OpenAI telah mula menyebabkan manusia kehilangan kerja. CEO Anthropic pula meramalkan tahap pengangguran di Amerika akan meningkat ke 20% dalam masa 5 tahun disebabkan AI.

Dalam perkembangan positif pula, di China perkhidmatan chatbot AI dimatikan sepanjang tempoh peperiksaan Gaokao bagi mengelakkan pelajar mengelat untuk memasuki universiti dan Google Deepmind meramalkan pergerakan taufan 15 hari lebih awal.

3. Kontroversi Perkakasan AI Di Malaysia

Kontroversi turut melanda dunia AI di Malaysia selepas mesin pelayar yang mengandungi GPU NVIDIA bernilai $390 juta diseludup masuk ke China dari Singapura menerusi Malaysia. Ia menjadi kes besar kerana China dikenakan sekatan membeli kelengkapan NVIDIA oleh Amerika Syarikat. Kelengkapan NVIDIA dianggap terbaik dan pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkannya walaupun secara haram.

Amerika Syarikat Malaysia Flag Chip cip

Hanya beberapa minggu yang lalu pula, muncul laporkan 15 buah cakera keras yang setiap satunya mengandungi 80TB data untuk melatih AI didakwa diseludup dari China untuk dilatih menggunakan mesin pelayar AI di Kuala Lumpur. Ia dilihat sebagai satu lagi usaha memintas halangan akses cip NVIDIA yang dikenakan ke atas China oleh Amerika Syarikat.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses mengesahkan laporan WSJ. MITI berkata mesin pelayan yang menggunakan cip NVIDIA tidak diklasifikasikan sebagai barangan terkawal di dalam negara. Sungguhpun begitu, Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana yang memerlukan bantuan dalam memantau perdagangan barangan yang dianggap sensitif di bawah kawalan eksport masing-masing

4.Pelesenan Media Sosial Malaysia Gagal

Platform media sosial sepatutnya mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia bermula 1 Januari 2025. Tetapi sehingga bulan ini hanya Telegram, WeChat dan TikTok sahaja mempunyai lesen operasi menurut Kementerian Komunikasi walaupun permohonan dibuka sejak Ogos 2024.

Media Sosial

X masih berkeras mereka tidak mempunyai 8 juta pengguna. Meta yang mengendalikan Facebook, WhatsApp dan Instagram sekadar menyatakan minat untuk bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membincangkan permohonan lesen. Google pula sebelum ini tidak bersetuju YouTube dikategorikan sebagai media sosial. SKMM sudah melakukan pertemuan dengan Microsoft berkenaan pelesenan LinkedIn tetapi sehingga ke hari tiada berita mereka akan memohon.

Pelesenan media sosial di Malaysia dilihat sebagai langkah untuk menyelesaikan isu penipuan dan penyebaran maklumat palsu menggunakan platform popular yang sudah lama berlarutan. Tetapi dengan enggan mengharamkan platform yang beroperasi tanpa lesen, tiada insentif untuk pengendali platform untuk memohonnya.

5.Harga Bitcoin Naik Semula

Harga Bitcoin naik selepas Donald Trump memenangi pilihanraya presiden Amerika tetapi jatuh semula pada bulan Februari. Ia kemudian naik semula dan ketika artikel ini ditulis ia mencecah $110,000 walaupun seketika. Tahun 2025 melihat Amerika Syarikat ingin menjadi negara paling mesra wang kripto dunia. Ini mendorong peningkatan nilai wang kripto sejak Mac.

Bitcoin Hijau

Pasaran menunjukkan trend nilai wang kripto utama dunia akan melonjak naik tahun ini. Ini mendorong James Howells seorang individu di Wales untuk membeli sebuah tapak pelupusan sampah. Beliau percaya tapak ini mengandungi cakera keras yang menyimpan 8000 Bitcoin milik beliau. Sejak 2013, Howell meminta kebenaran daripada Majlis Perbandaran Newport di Wales untuk mencari cakera keras yang mengandungi dompet digital Bitcoin beliau selepas ia dibuang secara tidak sengaja.

Permintaan beliau dinafikan atas sebab keselamatan tetapi dengan tapak pelupusan ini sudah ditutup, beliau mencuba sekali lagi pada Februari untuk membelinya dengan harapan akan menerima habuan bernilai RM 3.68 billion.

6.Status Syarikat Paling Bernilai Berubah Beberapa Kali

Kerana Tarif Trump, nilai pasaran syarikat-syarikat utama dunia terkesan teruk. Untuk seketika NVIDIA, Microsoft dan hilang status sebagai syarikat dengan nilai pasaran melebihi $3 trilion. Syarikat lain termasuk Tesla milik Elon Musk terkesan kerana tarif dikenakan ke atas aluminium serta komponen yang perlu diimport dar China.

Pasaran Sahama Bursa Stock Market

Dianggarkan saham bernilai lebih $3 trilion dilupuskan dalam masa sehari selepas Tarif Trump diumumkan. terkesan kerana majoriti produk masih dihasilkan di China. Microsoft terkesan kerana kelengkapan pusat data AI yang ingin dibina juga perlu diimport daripada China. NVIDIA pula terkesan kerana ura-ura Trump dipercayai akan menyekat sepenuhnya jualan cip AI kepada China. Pasaran hanya pulih semula selepas Trump bersetuju menangguhkan tarif selama 90 hari. Ketika artikel ditulis, NVIDIA di tangga teratas diikuti oleh Microsoft dan .

7.Tiada Lagi Halangan Pembelian Cip AI Oleh Amerika

Sebelum menyerahkan jawatan Presiden kepada Donald Trump, Joe Biden memperkenalkan Peraturan Penyebaran Kecerdasan Buatan (The Artificial Intelligence Diffusion Rule). Malaysia dimasukkan ke negara kategori kedua yang menyebabkan pembelian cip untuk pusat data AI dihadkan. Peraturan diperkenalkan bagi memastikan ketuanan Amerika Syarikat dalam AI tidak akan ditentang negara lain khususnya China.

Amerika Syarikat Cip Semikonduktor USA

Bagi Malaysia peraturan ini seperti mencantas kaki di bahagian lutut ketika Malaysia sedang cuba menjadi pusat data AI Asia Tenggara. Pelbagai peraturan dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas negara yang ingin membeli cip AI. Tetapi pada bulan Mei, Peraturan Penyebaran Kecerdasan Buatan ditarik semula oleh Trump selepas Arab Saudi dan UAE bersetuju melalukan pembelian senjata Amerika Syarikat bagi membolehkan mereka membeli cip AI bernilai ratusan bilion.

8.Bill Gates Mendermakan Harta Bernilai $200 Bilion

Pada Mei lalu, Bill Gates mengumumkan beliau akan menyedekahkan keseluruhan harta bernilai $200 bilion (~RM 862 bilion) yang dimiliki ke Gates Foundation. Sejak Gates Foundation ditubuhkan, lebih $100 bilion telah disedekahkan dalam tempoh 25 tahun. Bill Gates akan menggandakannya dengan $200 bilion akan disedekahkan dalam tempoh 20 tahun. Beliau turut mengumumkan pada 31 Disember 2045, Gates Foundation kemudiannya akan ditutup. Sekiranya panjang umur, Bill Gates akan berusia 90 tahun pada tahun tersebut.

bill gates.jpg

Inspirasi untuk menyedekahkan kesemua harta yang dimiliki diterima selepas membaca esei 1889 oleh Andrew Carnegie yang dipanggil The Gospel of Wealth. Dalam esei tersebut orang kaya mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan sumber kepada masyarakat, idea radikal pada masa itu yang meletakkan asas untuk kedermawanan seperti yang kita ketahui hari ini. Carnegie juga berkata “lelaki yang mati kaya itu mati dengan hina.”

9.Gamat Didapati Boleh Menghalang Penyebaran Kanser

Minyak gamat sudah lama digunakan untuk mengubat luka dengan kami yakin anda sekurang-kurangnya satu di rumah dan ia menjadi antara buah tangan apabila ke Langkawi. Penyelidik dari University of Mississippi kini mendapati sebatian yang dihasilkan gamat boleh menghalang penyebaran kanser.

Gamat Kanser

Kanser disebarkan ke bahagian lain menerusi proses metastasis disebabkan oleh enzim Sulf-2. Sel manusia diliputi struktur kecil seperti rambut yang dipanggil glycans yang membantu komunikasi sel, tindak balas imun dan pengecaman ancaman seperti patogen. Sel-sel kanser mengubah enzim tertentu tubuh, termasuk Sulf-2 yang seterusnya mengubah struktur glycans. Pengubahsuaian ini membantu kanser merebak.

Tetapi sebatian gula sugar fucosylated chondroitin sulfate yang dihasilkan gamat daripada spesis Holothuria floridana boleh menghalang Sulf-2 dalam ujian yang dilakukan di makmal. Apabila Sulf-2 dihalang, metastasis kanser dapat dihalang daripada berlaku.

10. Armada Dron Ukraine Musnahkan Pesawat Pengebom Rusia

Tahun lalu, serangan MOSSAD ke atas Hesbollah menggunakan mesin kelui dan walkie talkie menjadi bualan kerana ia adalah taktik yang tidak pernah dilakukan pada skala besar. Jun lalu 41 pesawat pengebom Rusia musnah atau berjaya dirosakkan menggunakan dron yang dilancarkan daripada kontena oleh Ukraine dengan ia merupakan satu lagi operasi ketenteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Ukraine Dron Rusia Pengebom B

Serangan dilakukan oleh Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) menggunakan ratusan dron kecil yang disorok pada bahagian bumbung kontena. Apabila tiba ke pangkalan udara pesawat pengebom Rusia, dron dilancarkan dengan ia dipercayai dilakukan secara swaterbang menggunakan perisian sumber terbuka Ardupilot.

Kemusnahan dianggarkan bernilai $9 bilion dengan menyebabkan Rusia kehilangan 34% armada pesawat pengebom strategik mereka. Serangan ini sudah diberikan nama jolokan Pearl Harbor Rusia kerana ia dilakukan secara mengejut.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link