Dalam dunia telefon pintar premium, HONOR Magic8 Pro muncul sebagai pilihan yang menawan. Ia bukan sekadar sebuah peranti berkuasa, malah hadir dengan sistem kamera yang canggih untuk memenuhi gaya hidup moden ramai pengguna.

Sistem Kamera 200MP Ultra Night Vision
Tarikan utama HONOR Magic8 Pro terletak pada kamera 200MP Ultra Night Vision Telephoto yang menjadi nadi kepada pengalaman fotografi luar biasa. Dengan teknologi tersebut, rakaman pada waktu malam yang gelap kelihatan lebih terang dan jelas seolah-olah cahaya tambahan hadir untuk membantu. Bukan itu sahaja, keupayaan zum jauh turut mampu mengekalkan butiran yang tajam.

Sebagai contoh, ketika merakam gambar jambatan KLCC dari jarak jauh, hasilnya tetap kelihatan jelas dan tajam seolah-olah objek berada di hadapan mata. Pengalaman merakam detik berharga dengan butiran yang hidup sememangnya memberikan kepuasan tersendiri, iaitu kepuasan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar mengalami sendiri kehebatan kamera HONOR Magic8 Pro.





Tetapi apakah rahsianya? HONOR Magic8 Pro dilengkapi dengan kamera 200MP periscope telephoto lens yang dipadankan dengan sensor besar bersaiz 1/1.4 inci. Hasilnya, apabila pengguna melakukan zum antara 3.7x hingga 10x, butiran imej masih kelihatan jelas tanpa kehilangan perincian seperti kebiasaannya.

Lebih hebatnya lagi, sistem ini digabungkan dengan teknologi Night Engine serta CIPA 5.5 Stabilization System yang dioptimumkan khusus untuk fotografi dalam keadaan cahaya rendah. Dengan gabungan tersebut, hasil rakaman bukan sahaja lebih terang dan jelas malah kawalan hingar turut lebih baik meskipun dalam suasana gelap.
Sebagai contoh, rakaman jambatan Putrajaya ini memperlihatkan warna yang hidup dan menyerlah. Walaupun dizum dari jarak jauh, butiran imej tetap jelas tanpa kehilangan perincian. Dalam acara yang dipenuhi orang ramai juga, setiap detik masih dapat dirakam dengan terang dan jelas. Bolehlah dikatakan kamera ini mampu memberikan keyakinan untuk merakam dalam pelbagai situasi.




Bukan sahaja pada waktu malam, malah pada waktu siang dan petang hasil rakaman tetap menawan. Sebagai contoh, dalam beberapa gambar yang dirakam seperti Menara TRX dan tanda Maybank yang dizum masih kelihatan jelas. Sama ada bangunan, manusia atau haiwan, warna yang dihasilkan sentiasa tampak hidup.







Keadaan sebegini menjadikan pengalaman merakam lebih menyeronokkan, kerana setiap hasil rakaman boleh dikongsi terus ke media sosial dengan mudah, sekali gus menambah nilai kepada gaya hidup moden pengguna. Kiranya, setiap gambar yang dirakam sudah sedia untuk dimuat naik.













Jika ingin menambah sentuhan tambahan, pengguna boleh memanfaatkan ciri-ciri AI seperti Magic Color, AI Eraser, AI Clarity dan AI Cutout. Dengan adanya fungsi-fungsi ini, pengalaman merakam gambar bukan sekadar menghasilkan imej yang cantik malah menjadi lebih menyeronokkan tanpa memerlukan usaha yang berlebihan.

Prestasi Dalaman Berkuasa
Sudah tentu bukan kamera sahaja yang hebat kerana HONOR Magic8 Pro turut menyerlah sebagai peranti hiburan harian. Bateri yang tahan lama bersama skrin yang lancar menjadikan pengalaman menonton video, atau menatal TikTok lebih memuaskan.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungkan dengan Exclusive Tuning sehingga prestasinya kekal konsisten. Penggunaan CPU dapat dikurangkan sehingga 35% manakala penggunaan GPU pula sehingga 20%. Keupayaan ini memastikan telefon kekal sejuk walaupun digunakan untuk sesi permainan yang panjang.
Di samping itu, tiada isu penurunan prestasi akibat haba berlebihan dan tiada masalah kecerahan skrin menurun secara tiba-tiba. Kadar bingkai atau frame rate juga kekal stabil sebagaimana yang dijanjikan oleh HONOR. Semua kelebihan ini menjadikan HONOR Magic8 Pro bukan sahaja sebuah telefon pintar berkuasa, malah teman gaya hidup moden yang memenuhi keperluan hiburan dan produktiviti pengguna.

Selain itu, terdapat satu kelebihan teknikal yang mungkin ramai tidak tahu tetapi sangat penting. HONOR Magic8 Pro hadir dengan cip RF tersendiri iaitu C1+ yang mampu meningkatkan pemprosesan isyarat sehingga 15%. Apabila digabungkan dengan rekaan antena baharu, keupayaan penghantaran meningkat sehingga 90% manakala penerimaan pula bertambah. Secara ringkas, walaupun berada di dalam lif, di kawasan parkir bawah tanah atau di tempat yang sesak, talian tetap stabil. Malah ketika menggunakan Wi-Fi, kelajuan sambungan kekal lancar tanpa gangguan.

Bab bateri pula, HONOR Magic8 Pro sememangnya tahan lama kerana dilengkapi bateri silikon karbon berkapasiti 7,100mAh. Bagi pengguna tegar, telefon ini mampu bertahan lebih daripada sehari tanpa perlu risau mencari pengecas. Proses pengecasan juga tidak mengecewakan kerana peranti menyokong pengecasan berwayar 100W serta pengecasan nirwayar 80W. Walaupun kapasiti baterinya besar, masa untuk mengisi semula tetap singkat sekali gus menjadikan pengalaman lebih menyenangkan.

Skrin HONOR Magic8 Pro juga bukan sahaja terang dan besar, malah dilengkapi teknologi 4,320Hz PWM dimming bersama lapan ciri penjagaan mata. Dengan kelebihan ini, penggunaan dalam tempoh yang lama tetap memberikan rasa selesa pada mata. Reka bentuk tubuh pula tahan lasak kerana disokong oleh NanoCrystal Shield serta perlindungan IP68, IP69 dan IP69K.
Lebih meyakinkan, HONOR turut menawarkan pakej jaminan termasuk 365-hari Front & Back Crack Protection, 1-Year Liquid Damage Protection dan 1-Year Extended Warranty. Bermula dari perlindungan perkakasan hingga perkhidmatan selepas jualan, HONOR Magic8 Pro memberi ketenangan fikiran tanpa kos tambahan.

Untuk aspek keselamatan, peranti ini hadir dengan sistem Dual 3D Biometric. Fungsi pengecaman wajah berfungsi dengan pantas walaupun dalam keadaan cahaya rendah manakala imbasan cap jari mampu mengesan jari meskipun dalam keadaan basah.

Semua ini menjadikan HONOR Magic8 Pro bukan sahaja sebuah telefon pintar berkuasa, malah sebuah peranti yang lengkap dengan perlindungan, keselesaan dan keselamatan untuk gaya hidup moden pengguna.
Ekosistem MenyeluruhÂ
Akhir sekali, bukan sahaja aspek luaran dan perkakasan yang mantap, malah perisian serta ekosistem turut diberikan perhatian. HONOR Magic8 Pro hadir dengan ekosistem menyeluruh yang direka untuk memudahkan gaya hidup moden pengguna.

Melalui HONOR Connect, perkongsian fail antara peranti HONOR dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Bagi mereka yang mengutamakan kebebasan bekerja, terdapat HONOR Super Workstation yang membolehkan pemindahan fail antara telefon HONOR dan komputer MacOS, dengan syarat aplikasi tersebut dimuat turun terlebih dahulu pada Mac.

Selain itu, fungsi Device Clone turut disediakan bagi memudahkan proses pemindahan data daripada Android, HarmonyOS atau iOS. Kesemua ciri ini menjadikan HONOR Magic8 Pro bukan sekadar telefon pintar berkuasa, tetapi sebuah peranti lengkap dengan ekosistem pintar yang menyokong keperluan harian pengguna.
Jangan tunggu lagi! Inilah masa terbaik untuk mendapatkan HONOR Magic8 Pro. Harga jualan bermula daripada RM4,599 bagi varian 12/512GB dan RM5,199 (16/1TB). Menariknya, harga yang ditawarkan adalah sama seperti tahun lalu namun pengguna kini memperoleh peranti yang telah dipertingkatkan.

Lebih menguntungkan, pembelian sebelum akhir tahun ini akan menerima rebat segera sebanyak RM300. Jangan lepaskan peluang istimewa ini kerana HONOR Magic8 Pro bukan sahaja menawarkan teknologi terkini malah hadir dengan nilai yang berbaloi untuk dimiliki!
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia






