Malaysia Oversight

Qualcomm Didapati Tidak Bersalah Melanggar Pelesenan Teknologi Arm

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Qualcomm Didapati Tidak Bersalah Melanggar Pelesenan Teknologi Arm


Qualcomm Didapati Tidak Bersalah Melanggar Pelesenan Teknologi Arm

October 1, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Mahkamah di Delaware mendapati Qualcomm tidak bersalah melanggar terma pelesenan menggunakan teknologi Arm menerusi anak syarikat mereka Nuvia. Arm menyaman Qualcomm pada tahun 2022 kerana mendakwa lesen yang dipegang Qualcomm tidak berpindah tangan ke Nuvia selepas syarikat tersebut diambil alih. Mereka memintas yuran pelesenan tambahan untuk Nuvia terus menggunakan teknologi Arm.

Qualcomm Nuvia

Pada Disember tahun lalu, barisan juri mendapati Qualcomm tidak bersalah dan mahkamah mengesahkannya semalam. Arm berkata mereka akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah. Arm dan Qualcomm akan bertemu sekali lagi di mahkamah bagi menyelesaikan kes saman pelanggaran kontrak dan tindakan yang didakwa melanggar inovasi awal tahun depan.

Tahun lalu Arm mengancam membatalkan lesen Qualcomm kerana Snapdagon 8 Elite dan X1 Elite dilengkapi CPU Oryon yang didakwa dibangunkan tanpa lesen sah oleh Nuvia. Sumber pertelagahan ialah Qualcomm membayar lesen pada kadar lebih rendah berbanding Nuvia. Arm tidak menghasilkan cip sendiri dengan pendapatan dijana menerusi pelesenan teknologi yang juga digunakan oleh Google, , Samsung dan Huawei.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link