Malaysia Oversight

Qualcomm Berbincang Menggunakan Teknologi 2nm Samsung

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
Qualcomm Berbincang Menggunakan Teknologi 2nm Samsung


Qualcomm Berbincang Menggunakan Teknologi 2nm Samsung

January 12, 2026
Perkakasan
Samsung

Effi Saharudin

Qualcomm sedang berbincang dengan Samsung untuk menghasilkan cip generasi baharu menggunakan proses 2nm Samsung. Ini disahkan sendiri oleh CEO Qualcomm Cristiano Amon di acara CES 2026 yang berlangsung minggu lalu. Sekiranya Samsung dipilih, ia menjadi mercu pertama Qualcomm dikilangkan oleh mereka sejak Snapdragon 8 Gen 1 empat tahun lalu.

Samsung Qualcomm

Perbincangan dilakukan dengan Samsung sebagai langkah memberikan Qualcomm pilihan khususnya dengan kapasiti kilang fabrikasi TSMC digunakan oleh NVIDIA dan . Bagi Samsung, Qualcomm ialah pelanggan yang penting bagi mengembalikan keuntungan perniagaan fabrikasi yang terjejas teruk disebabkan pandemik.

Samsung dipercayai berjaya menyelesaikan isu pengurusan haba dan peratusan pengeluaran cip rendah yang menjadi isu dengan teknologi 3nm mereka sebelum ini. Tahun lalu, Samsung Semiconductor berjaya mendapatkan kontrak bernilai 22.76 trillion won (~RM 70 bilion) daripada Tesla untuk kilang fabrikasi mereka di Amerika Syarikat.

Reuters



Source link