Malaysia Oversight

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) Kini Di Bawah Kendalian PDRM

By Amanz in July 16, 2025 – Reading time 1 minute
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) Kini Di Bawah Kendalian PDRM


Web 2.0

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) Kini Di Bawah Kendalian PDRM

July 16, 2025

Amy Maizuraa

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre) kini telah ditempatkan sepenuhnya di bawah pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Penipuan

Langkah ini telah diambil sebagai strategi mengukuhkan tindak balas terhadap jenayah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa. Di bawah struktur baharu tersebut, talian bantuan 997 dikekalkan dan akan terus beroperasi 24 jam sehari bagi membolehkan maklum balas pantas diberikan kepada mangsa penipuan.

Difahamkan, panggilan yang dibuat oleh mangsa kini akan direkodkan secara automatik sebagai laporan polis tanpa perlu hadir secara fizikal ke balai seperti sebelum ini. Menerusi sistem yang ditambah baik ini, maklumat lengkap akan dikumpulkan oleh petugas di pusat panggilan NSRC sebelum pihak bank dihubungi untuk melaksanakan tindakan sewajarnya, termasuk pembekuan akaun yang disyaki terlibat.

Belanjawan 2025 NSrc

Setakat ini, sebanyak 500 panggilan telah dilaporkan diterima setiap hari NSRC sekali gus memperlihatkan peningkatan ketara dalam insiden penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link