Malaysia Oversight

Pusat Data Di Malaysia Hanya Menggunakan 28% Air Daripada Yang Diminta

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 2 minute
Pusat Data Di Malaysia Hanya Menggunakan  28%  Air Daripada Yang Diminta


Pusat Data Di Malaysia Hanya Menggunakan 28% Air Daripada Yang Diminta

November 19, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah pusat data memerlukan jumlah air yang besar untuk sistem penyejukan. Faktor penggunaan air menjadi sebab Singapura melakukan morotarium pembinaan pusat data baharu yang menjadikan Johor lokasi alternatif yang sangat menarik. Tetapi adalah penggunaan air untuk pusat data di Malaysia bakal memberikan impak ke atas negara dalam masa terdekat?

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Parlimen hari ini, penggunaan air oleh pusat-pusat data Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding permintaan asal yang diminta. Pada tahun 2024, 9 pusat data di menggunakan 1.61 juta liter sehari (MLD) yang hanya 28% berbanding 5.71 MLD yang diminta. Seluruh negeri menggunakan 5308 MLD sepanjang 2024.

mrjn photography YpZ2cj4s0oo unsplash

Di Johor pula, 13 pusat data menggunakan 6.1 MLD air sepanjang 2024 berbanding 29.1 MLD yang diminta. Ini pula bersamaan hanya 21% daripada jumlah air yang diminta. Seluruh negeri Johor menggunakan 2001 MLD air sepanjang 2024.

Sungguhpun begitu, permintaan air untuk pusat data akan meningkat ke 73.88 MLD di , 384 MLD di Johor dan 56 MLD di Negeri Sembilan menjelang 2030. TPM turut menyatakan pendapatan daripada pembinaan pusat data dan tarif penggunaan air semasa adalah mencukupi untuk untuk melindungi sistem bekalan air negara.

Penggunaan bekalan air yang lebih rendah boleh dicapai menerui penggunaan teknologi penyejukan baharu yang lebih efisien. Sistem penyejukan terkini Microsoft misalnya dikitar secara berterusan dalam sistem tertutup yang tidak memerlukan bekalan air bersih sepanjang masa. Sementara itu di sistem penyejukan dasar laut digunakan dan terdapat perancangan membina pusat data angkasa lepas yang langsung tidak memerlukan air.

The Edge

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link