Malaysia Oversight

Pulau Pinang Mengautomasi Pengeluaran Saman Untuk Kenderaan Yang Diparkir Secara Salah

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Pulau Pinang Mengautomasi Pengeluaran Saman Untuk Kenderaan Yang Diparkir Secara Salah


Aplikasi

Pulau Pinang Mengautomasi Pengeluaran Saman Untuk Kenderaan Yang Diparkir Secara Salah

April 25, 2025

Nazrin

Baru-baru ini, Pulau Pinang telah memperkenalkan satu cara baru untuk mengeluarkan saman terhadap kenderaan-kenderaan yang diparkir secara salah, ataupun jika mereka tidak membayar yuran meletakkan kenderaan dalam masa yang sepatutnya.

Cara ini menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition, iaitu sebuah teknologi yang sebelum ini secara lazimnya digunakan untuk mengimbas nombor kenderaan yang memasuki kawasan tempat meletak kereta untuk memudahkan proses pembayaran parkir kenderaan apabila mereka meninggalkannya.

Pulau Pinang

Dengan teknologi ini, pihak penguatkuasa trafik Pulau Pinang boleh menyemak dengan pengkalan data JPJ sekiranya sesebuah kenderaan meletakkan kenderaan mereka secara salah ataupun tidak, dan jika ya, boleh terus mengeluarkan saman terhadap kenderaan tersebut berdasarkan nombor kenderaan dengan cepat dan mudah.

Saman yang dikeluarkan ini kemudiannya akan dihantar ke aplikasi Penang Smart Parking App, iaitu aplikasi pembayaran tempat letak kereta untuk Pulau Pinang. Pembayaran saman ini juga boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi tersebut.

Buat masa ini, ia dilaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai akan menggunakan lima alat ANPR ini untuk setiap majlis perbandaran untuk rondaan harian mereka, dan ini dijangka akan mengurangkan keperluan tenaga penguatkuasaan undang-undang trafik sebanyak 60 peratus.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link