Proton Perkenal Chatbot AI Dengan Fokus Terhadap Privasi – Dinamakan Lumo
July 26, 2025
•
Aman
Proton merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penawaran memfokuskan kepada privasi. Salah satu perkhidmatan popular mereka adalah perkhidmatan emel dinamakan Proton Mail. Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan seperti VPN, pengurus kata laluan, ruangan storan, dan juga perkhidmatan dokumen.
Memperluaskan lagi penawaran dengan fokus terhadap privasi, kini Proton memperkenalkan perkhidmatan chatbot dikuasakan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan Lumo.

Proton mengatakan pelbagai gergasi internet kini memfokuskan kepada pembangunan produk yang mengambl data pengguna untuk tujuan pengiklanan dan eksploitasi. Selari dengannya, Lumo diperkenalkan memberikan alternatif kepada pengguna dalam pelbagai penggunaan, termasuk sekiranya ingin merumuskan sejumlah dokumen peribadi, bertanyakan soalan berkaitan kesihatan, dan lain-lain.
Lumo ditawarkan secara percuma, dan boleh digunakan tanpa sebarang akaun. Lumo tidak akan menyimpan sebarang log perbualan, tiada perkongsian data, dan tidak digunakan untuk melatih model mereka. Ia dibangunkan menggunakan model sumber terbuka, dan mengatakan mereka tidak bekerjasama dengan sebarang firma Amerika Syarikat atau China.
Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Lumo hari ini. Selain versi web, ia juga ditawarkan di Android dan iPhone.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.