Malaysia Oversight

Proton Memperkenalkan Kereta Elektrik Kedua – e.MAS 5

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Proton Memperkenalkan Kereta Elektrik Kedua – e.MAS 5


Automotif

Proton Memperkenalkan Kereta Elektrik Kedua – e.MAS 5

May 8, 2025

Amir Zaki

Kereta elektrik kedua daripada Proton selepas e.MAS 7 iaitu e.MAS 5 telah pun diperlihatkan di acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di MAEPS, Serdang. Proton e.MAS 5 telah membuat penampilan awam pertamanya di pameran ini sebelum dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini. Khabar angin yang dikatakan menurut laporan Nextrift, besar kemungkinan rekaan e.MAS 5 ini berasaskan Geely Geome Xingyuan yang telah dilancarkan di .

photo 6116345510873909043 y

Geely Geome Xingyuan ialah sebuah kereta EV hatchback yang hadir dengan dua pilihan bateri iaitu 30.12kWh dan 40.16kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 310 km dan 410 km mengikut piawaian CLTC. Serta pengecasan pantas 30%-80% mengambil masa dalam 21 minit sahaja.

Tidak diketahui lagi, berapakah harga Proton e.MAS 5 yang akan rasmi dilancarkan di Malaysia dan adakah spesifikasi yang digunakan sama seperti Geely Geome Xingyuan yang dilancarkan di . Mari kita nantikan apa yang bakal Proton tawarkan untuk kereta elektrik kedua ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link