Malaysia Oversight

Proton e.MAS 5 Akan Dijual Pada Harga Antara RM60,000 Ke RM80,000 – Tempahan Dimulakan Hari Ini

By Amanz in October 4, 2025 – Reading time 2 minute
Proton e.MAS 5 Akan Dijual Pada Harga Antara RM60,000 Ke RM80,000 – Tempahan Dimulakan Hari Ini


Proton e.MAS 5 Akan Dijual Pada Harga Antara RM60,000 Ke RM80,000 – Tempahan Dimulakan Hari Ini

October 4, 2025
Automotif

Aman

Proton melalui anak syarikat PRO-NET hari ini secara rasminya mengumumkan pembukaan untuk tempahan kereta elektrik terbaru mereka, Proton e.MAS 5, sekaligus membolehkan pengguna di Malaysia melakukan tempahan untuk kenderaan elektrik berkenaan yang akan dijual pada harga antara RM60,000 ke RM80,000.

Pengenalan ini sekaligus memposisikan eMAS 5 sebagai kereta elektrik berharga paling rendah di pasaran buat masa ini, berbanding pelbagai pesaing lain. Sebanyak dua variasi model akan ditawarkan, iaitu eMAS 5 Prime dan juga eMAS 5 Premium. Proton menyasarkan kenderaan ini akan mula dihantar kepada pembeli bermula seawal November 2025.

eMAS5 Model
eMAS Prime

Proton eMAS 5 hadir dengan binaan bersaiz kompak, disesuaikan untuk pemanduan dalam bandar, serta untuk keluarga muda. Dari segi bateri, io menggunakan bateri LFP keluaran CATL sebesar 40kW yang menawarkan jarak perjalanan 325km WLTP, yang turut hadir dengan teknologi penyejukan bateri. Sokongan pengecasan DC 71kW membolehkan bateri kereta ini dicas dari 30% ke 80% dalam masa 21 minit. Ia turut menawarkan kadar pecutan 0-50km/j dalam masa 3.9 saat dengan tork 150Nm.

Proton eMAS 5 Preview IMG 7981 2
Proton eMAS 5 Preview 0004 29

Proton eMAS 5 turut menyertakan ruangan bonet hadapan sebesar 70L, selain ruangan sebesar 375L di ruangan but belakang kereta. Melengkapkan kereta ini adalah skrin inforia 8.8-inci bersaiz 14.6-inci dengan resolusi FHD, serta menyokong CarPlay dan Android Auto. Proton eMAS 5 menyertakan palan USB-A dalam kenderaan dan bukannya USB-C seperti pada Proton X50.

eMAS 60k

Harga akhir untuk Proton eMAS5 masih belum diumumkan, tetapi ia akan berharga antara RM60,000 ke RM80,000. Bagi yang melakukan 5000 tempahan terawal untuk kenderaan ini, akan menerima kad TNG NFC dengan kredit berjumlah RM100, selain rebat tambahan sebanyak RM500 kelak. Pengguna berminat boleh melakukan tempahan pada harga RM99 untuk 5000 tempahan terawal.

eMAS Tempahan

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link