Malaysia Oversight

Pra-Tempahan Apple iPhone 17, iPhone Air Dan Siri iPhone 17 Pro Kini Dibuka – Malaysia Antara Terawal

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 1 minute
Pra-Tempahan Apple iPhone 17, iPhone Air Dan Siri iPhone 17 Pro Kini Dibuka – Malaysia Antara Terawal


Pra-Tempahan 17, Air Dan Siri 17 Pro Kini Dibuka – Malaysia Antara Terawal

September 12, 2025

Aman

kini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu iPhone 17, iPhone Air dan juga siri iPhone 17 Pro untuk pengguna Malaysia. Pengguna boleh melakukan pra-tempahan melalui laman Apple Store Malaysia, atau melalui pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan.

Apple iPhone 17 Pro Air

Apple melalui siri iPhone tahun ini, menyertakan sokongan skrin ProMotion 120Hz untuk semua model, selain menggunakan cip A19 terbaru. Ia juga kini menyokong pengecasan sehingga 60W, kamera swafoto dengan ciri Center Stage, dan dilengkapi dengan sistem operasi iOS 26 dengan antaramuka Liquid Glass.

Di Malaysia, iPhone 17 ditawarkan pada harga bermula RM3999, iPhone Air bermula RM4999, iPhone 17 Pro bermula RM5499, dan iPhone 17 Pro Max bermula RM5999. Kesemua model hadir dengan storan bermula 256GB, dan model iPhone 17 Pro Max ditawarkan kepada storan sehingga 2TB, pada harga RM9999.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link