Malaysia Oversight

PLUS Mulakan Ujian Rintis Untuk Pengecaman Nombor Plat Bagi Pembayaran Tol

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 1 minute
PLUS Mulakan Ujian Rintis Untuk Pengecaman Nombor Plat Bagi Pembayaran Tol


PLUS Mulakan Ujian Rintis Untuk Pengecaman Nombor Plat Bagi Pembayaran Tol

January 9, 2026
Automotif

Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat implementasi sokongan pengecaman nombor plat di sejumlah tempat parkir kenderaan, dimana ia akan mengecam nombor plat ketika masuk, dan seterusnya memaparkan caj perlu dibayar ketika nombor plat diimbat ketika ingin keluar. Dengan konsep lebih kurang sama, kini PLUS telah memulakan projek rintis penggunaan teknologi pengecaman nombor plat untuk pembayaran tol.

ANPR1
ANPR2

PLUS kini melakukan ujian rintis di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua, dan hanya melibatkan kenderaan persendirian buat masa ini. Dibawah implementasi ini, pengguna tidak lagi terikat kepada lorong khas tertentu, sebaliknya boleh memasuki dan keluar mengikut mana-mana lorong tol di sembilan plaza tol, iaitu di Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

Untuk menggunakan sistem ini, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun aplikasi JustGO Malaysia dan mendaftarkan kenderaan, serta menghubungkan kaedah pembayaran melaluinya.

ANPR3

Projek rintis ini dijangka akan menjadi titik permulaan untuk implementasi plaza tol tanpa palang tidak lama lagi, sekaligus mengurangkan kesesakkan di plaza tol. Namun, untuk tempoh pelaksanaan projek rintis ini, palang tol akan dikekalkan.



Source link