PlayStation 2025 Wrap-Up Kini Boleh Diakses
December 22, 2025
e-Permainan
Sony
Effi Saharudin
PlayStation 2025 Wrap-Up kini akhirnya boleh diakses oleh semua pengguna PlayStation. Seperti Wrap-Up tahun sebelum ini, versi tahun ini memberikan statistik masa permainan, jumlah trofi yang diterima, permainan paling popular, dan banyak lagi.

Seperti ciri rangkuman pada aplikasi lain, Wrap-Up 2026 dipaparkan seperti Instagram Stories. Selain statistik permainan, jenis gamer juga boleh dilihat. Anda mungkin peminat permainan solo atau seorang yang suka bersosial di dalam permainan atas talian.
Untuk mengakses PlayStation 2025 Wrap-Up sila pergi ke pautan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






